Dah sah Husam Musa bakal bertanding di P125 Parlimen Putrajaya
yang kerusinya kini disandang oleh Tengku Adnan Tengku Mansur.Khabar bertiup kencang mengatakan Ku Nan tidak akan mempertahankan kerusi ini dan menyerahkannya kepada siapa
juga calun baru pilihan @NajibRazak.

Walau siapa pun yang akan diletakan disitu oleh @NajibRazak untuk mempertahankan kerusi
itu dari dirempuh oleh Husam Musa tak jadi hal pada aku,yang penting aku akan mempertahankan Putrajaya (kerusi parlimen ini) habis habisan walaupun 
terpaksa berdepan dengan Husam Musa.

“Kerusi Putrajaya” ini secara simboliknya amat penting dipertahankan kerana jika ianya
berjaya dirampas Pakatan Rakyat walaupun kelak mereka gagal merampas Putrajaya,ianya
tetap menjadi“modal kejayaan” mereka mengusir calun Barisan Nasional dari Pusat 
Pentadbiran KerajaanPersekutuan.Apalah erti kita mempertahan kerajaan pusat tapi
terlepas “Kerusi Putrajaya”.

Jadi Husam Musa harus bersedia menerima SEGALA ASAKAN dari aku dan kawan kawan
walaupun ada terjalin hubungan persahabatan diantara kami sejak aku “disapina” untuk
kes saman dia terhadap @PapaGomo.Atas perjuangan mempertahankan ideologi politik
masing masing,kita (aku dan Husam) akan menjadi “MUSUH POLITIK” sehingga
perhitungan di Putrajaya selesai selepas 5hb Mei nanti.

Oleh itu aku harap Husam Musa faham akan permainan ini dan akan menerimanya dengan
hatidan fikiran terbuka dan tidak dijadikan “modal” untuk menyaman aku pula saperti yang
dilakukannya terhadap @PapaGomo.Kalau tak suka dilambung ombak sila jauhi pantai…

KERANA OMBAK DAN PANTAI SELAMANYA TIDAK AKAN BERPISAH…

Tak suka “private life” dan “polical life” kita dipolitikan…

SILA TINGGALKAN POLITIK !

P/S : Lepas PRU kita tetap kawan Dato..
        ‘Sengketa politik’ kita tamat selepas itu…