Ini bukan saya punya…

Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga 
sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini,beliau 

berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan 
Hanifah Maidin,untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video 

seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang 

kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.

“Saya hidup lagi ni,(masih) setiausaha agung PAS lagi.Tidak jadi kudis gatal pun 

dengan perkara itu.Saya dah faham surat khabar,” katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya 

dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.”

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Komen APA : Lawok ya
                       Nanti kita tunggu sape yang kena…
                       U ULANG I SAMAN!