Sumber : Afterdark

Kami didalam Watchers Group sebenarnya percaya bahawa sistem demokrasi,sosialis,

komunis, kapitalis dan lain-lain ideologi kenegaraan yang wujud masa kini akan digantikan 
oleh sistem khalifah Islam suatu masa nanti kerana itulah yang termaktub dalam jadual 
kejadian akhir zaman.
Malahan saya pun berpendapat bahawa kesemua parti politik di Malaysia termasuk UMNO 
dan PAS akan lenyap juga suatu masa nanti iaitu apabila kesemua orang melayu akhirnya 
bersatu di bawah panji hitam.(InsyaAllah).

Itu persoalan yang saya yakin pasti akan berlaku di masa akan datang apabila sistem khalifah tersyiar semula di seluruh dunia selepas kemenangan Imam Mahadi menumpaskan As-Sufyani.

Tapi kata kunci nya di sini ialah semua itu akan berlaku di MASA AKAN DATANG..Iaitu
mudah-mudahan ketika anak-anak kecil dizaman kita telah membesar.Mudah-mudahan mereka akan menikmati masa depan yang gemilang,akidah yang cemerlang dan hidup aman makmur di bawah khalifah Islam itu.
Cuma kita perlulah pula memikirkan apa sumbangan kita kepada anak-anak kita.

Jika anda yakin NWO bakal tiba,jika anda yakin As-Sufyani bakal menjelma dan jika anda 

yakin bahawa pilihanraya ini adalah pilihanraya dalam konteks akhir zaman,maka tidak 
dapat tidak kita harus menerima hakikat bahawa sehingga sampai masanya Imam Mahadi 
dibaiah’kan maka masa depan mendatang ini akan menjadi agak suram.

Di dunia arab sudah berlaku kebanjiran darah di merata-rata,di seluruh dunia ekonomi 
semakin tenat,matahari yangmemancarkan panas sehingga mengubah cuaca,kejatuhan nilai 
dollar yang akan menyebabkan inflasi,kekurangan makanan yang akan membawa kebuluran 
dan lain-lain.
Di negara kita pula sekiranya Luciferian memerintah maka akan berhamburan arak dan judi 
di setiap kampung dan bandar,tumbuhlah gereja dan pusat maksiat di merata-rata dan akan mendaratlah paderi dari Indonesia,Filipina dan Eropah yang akan menghulurkan umpan untuk 
cuba memurtadkan anak-anak kita.

Saya rasa tugas kita sebagai ibu bapa adalah melakukan apa yang terdaya untuk 

memastikan bahawa sesuram mana pun kejadian yang bakal menjelma,maka haruslah anak-
anak kita masih berpeluang untuk mempertahankan perkara yang paling penting iaitu AKIDAH mereka.
Terdapat penyokong pembangkang yang mengatakan bahawa pemerintahan negara kita adalah Thagut.

Saya tahu ramai penyokong pembangkang berpegang kepada definisi thagut oleh Ulama Syria 

iaitu Dr Wahbah az Zuhaili (ulama yang sama mengatakan bukti video tak boleh pakai).
Dr Wahbah mendefinisikan thagut kepada 9 perkara iaitu

1.Perjuangan yang mempunyai kepentingan
2.Perjuangan yang bertujuan tertentu selain daripada Allah
3.Perjuangan yang bersifat material
4.Perjuangan yang bertujuan memuaskan nafsu dan kemahuan,redha dengan keraguan 

syaitan
5.Perjuangan meninggikan ketuhanan selain daripada Allah, atau perjuangan menegakkan penyembahan kepada makhluk dan dunia
6.Perjuangan yang membantu dan bekerjasama dengan golongan kuffar
7.Perjuangan yang menggilakan untuk mendapat hasil dan mengaut untung
8.Perjuangan yang didasari dengan tujuan kebanggaan dan kemegahan
9.Perjuangan yang berdiri di atas keyakinan dengan kemampuan diri sendiri tanpa 
mengharap kuasa Allah
10.Perjuangan yang menyerlahkan kemasyhuran dan populariti

Kalau berdasarkan pendapat Dr Wahbah az Zuhaili maka kerajaan yang thagut merujuk 
kepada kerajaan yang berjuang atas faktor duniawi.Pada pendapat saya definisi 1, 2, 3, 4, 7, 
8, 9, dan 10 itu bolehlah disinonimkan dengan KORUPSI,NEPOTISMA DAN KRONISMA 
yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.

Tiga penyakit duniawi ini memang penyakit dalam UMNO.

Tetapi di akhir zaman seperti 2013 ini masalah KORUPSI,NEPOTISMA DAN 

KRONISMA bukanlah satu-satunya perkara yang mengancam kemaslahan umat Islam.
Terdapat ancaman lain yang lebih thagut daripada KORUPSI,NEPOTISMA DAN KRONISMA.Oleh itu dalam hal ini maka harus juga kita melihat makna taghut dari segi 
literalnya selain dari taghut mengikut persepsi Dr Wahbah az Zuhaili.

Jika kita melihat makna perkataan thagut dari persepsi literalnya,didapati bahawa maksud 

thagut secara literal adalah merujuk kepada perbuatan yang menyimpang daripada akidah.
Ini kerana antara maksud thagut yang asal adalah
1.Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun yang meminta bantuan dari makhluk selain dari Allah,
2.Perbuatan para jahiliyyah yang menyembah berhala dan meminta kemenangan daripadanya.
3.Apa-apa perbuatan yang menyembah tuhan selain Allah (Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn 
Abi Hatim.)
4.Thagut pemerintah apabila mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah 
(Tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tabari; Tafsir al-Qurtubi; Tafsir Ibn Kathir)
Berdasarkan maksud literal thagut di atas,saya berpendapat bahawa thagut itu pada 
maksud literalnya adalah lebih merujuk kepada bahaya kepada AKIDAH iaitu menyekutukan 
Allah samada melalui amalan ilmu ghaib yang meminta bantuan kepada makhluk halus,atau 
akibat kepercayaan bahawa terdapat tuhan yang selain dari Allah. 
Oleh itu Jelas sekali bahawa falsafah PLURALISM yang didukung oleh PKR dan DAP 
adalah thagut secara literal.

Thagut juga bermaksud mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah.Ini 

bermaksud bahawa pemerintah telah mewujudkan undang-undang yang membenarkan 
perkara yang jelas haram. Dalam hal ini penyokong pembangkang telah berhujah bahawa 
kerajaan UMNO adalah thagut kerana tidak melaksanakan undang-undnag hudud.
Ingin saya jelaskan disini bahawa “kegagalan menghukum menurut hudud” adalah 
berbeza dengan “mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah”.Ini kerana 
mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah bermakna mencipta undang-undang menghalalkan atau me’legal’kan perbuatan yang haram.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa UMNO gagal menghukum pesalah di Malaysia 

mengikut hudud namun UMNO tidak pernah mencipta undang-undang me’legal’kan 
perkara yang haram.Ya memang benar di Malaysia undang-undang kita hanya mendenda 
atau memenjarakan penzina sedangkan didalam hudud sepatutnya disebat atau direjam.Tapi UMNO tidak pula mencipta undang-undang membenarkan zina dilakukan.Begitu juga dengan murtad,memang UMNO gagal membunuh manusia murtad seperti Lina Joy,tetapi 
tidak pula ada undang-undang membenarkan orang Islam di Malaysia murtad.

Di Malaysia perkara yang salah adalah tetap salah.Cuma hukuman yang dijatuhkan tidak 

selari dengan kehendak Islam.Atas kekhilafan pemerintah inilah maka penyokong PAKATAN menuduh UMNO dan orang UMNO sebagai tidak Islam.Confirm tak masuk syurga dan 
kalau sembahyang pun tak dapat pahala.

Walaup bagaimanapun minda penyokong Pakatan gagal memproses akibat dan mudarat yang 

bakal menimpa sekiranya pemerintah Malaysia adalah pendokong LBGT, PLURALISMA,
DAN LIBERALISMA.

Dibawah pemerintah yang melaksanakan PLURALISMA,maka peruntukan undang-undang 
anti murtad akan lenyap.Para pendakwah kafir harbi akan bebas bergerak kehulu-kehilir menyebarkan bible kepada anak-anak muda dan berhujah bahawa ada Tuhan selain 
dari Allah.Begitu juga dengan pendakwah syiah yang akan menghasut golongan muda 
mengatakan di dalam Islam terdapat mazhab yang diterima selain daripada Ahli Sunnah Wal Jemaah.Dibawah pluralism,kes-kes ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Al-Arqam dan lain-lain 
tidak boleh lagi diberkas dan disekat oleh penguatkuasa. Kes kes seperti Lina Joy tidak lagi kedengaran di Mahkamah,bukannya kerana tiada lagi kes murtad tetapi kerana murtad adalah 
‘legal’ disisi undang-undang dan tidak lagi boleh didakwa di mahkamah.
Di bawah fahaman LIBERALISMA,adalah sukar untuk kita menghalang anak-anak 
kita daripada terdedah kepada fahaman-fahaman yang merosakkan fikiran.Rancangan televisyen,internet dan media cetak yang sekarang ini sudah dikuasai manusia gila duit 
(eg: Astro) akan semakin menggila dengan MTVnya,budaya kuningnya dan maksiat 
kerana tidak lagi disekat rancangan yang tidak bertapis atas alasan kebebasan media dan 
kebebasan bersuara.Daripada segi politik tiada lagi halangan kepada musuh-musuh Islam 
daripada berkeliaran bebas didalam Malaysia atas alasan “Hak Asasi Manusia”.Malahan dari 
segi ekonomi Liberalisi bermakna kapitalis dari negara luar akan bebas menjual apa jenis barangan 
di Malaysia dan mengambil-alih syarikat negara kita.

Secara ringkasnya,di LIBERALISMA wang adalah penentu segalanya dan kapitalisma 

adalah mutlak tanpa sekatan.

Begitu juga dengan LBGT (LESBIAN, BISEKSUAL, GAY, TRANSGENDER).
Bagaimanakah PAS hendak menghalang maksiat dilakukan sekiranya pengamal seks bebas 
dan seks songsang dilindungi oleh undang-undang untuk menonjolkan diri serta 
mempromosikan gaya hidup mereka?

Ingin sekali saya bertanya kepada pemimpin dan penyokong PAS, dimanakan logiknya 

keinginan mereka hendak melaksanakan undang-undang islam di negara dimana kaum nabi Lut (LBGT), kafir harbi (Pluralism) dan Munafikun (Liberalism) akan dilindungi oleh pemerintah 
dan sistem undang-undangnya?

Bukankah apabila pemerintah yang baru menggubal undang-undang melindungi hak 

LBGT, Liberalism dan Pluralism, maka itu adalah taghut secara literal kerana 
mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah?”

Walaupun UMNO telah melaksanakan sistem demokrasi namun setakat yang saya tahu belum 

ada lagi kesepakatan ijmak ulama seluruh dunia mengatakan sistem melantik pemimpin melalui undian itu haram.Dan memang di negara kita belum lagi dilaksanakan hudud tapi kerajaan 
belum pula pernah ‘mencipta undang-undang’ menghalalkan sesuatu yang haram.Jadi walaupun saya tidak menafikan pendapat bahawa sistem demokrasi harus digantikan 
(insyaAllah marilah kita berdoa bersama) dengan sistem kekhalifahan namun setakat ini 
keadaan kita masih okay lagi.. not that bad lah bak kata orang putih.
Orang Islam masih boleh melaksanakan rukun iman 6 perkara dan rukun Islam 5 perkara.
Anak muda LBGT walaupun wujud tapi masih ngeri nak menonjol,pendakwah Jesuit pun 
masih bergerak secara bersembunyi (kerana phobia UMNO dan Hassan Ali) dan Ananda 
Krishnan di Astro masih terpaksa makan hati berulam jantung kerana kandungan Astro 
masih bertapis.

Keadaan yang “not that bad” itulah yang pada pendapat saya harus kita pertahankan 

sementara menunggu kebangkitan sistem khalifah di seluruh dunia.Jika kita berlepas tangan 
atau terpedaya dengan menifesto bukan janji para Luciferian tu,percayalah bahawa NWO 
bakal datang sepantas kilat untuk menjadikan negara ini “extremely bad” kepada semua 
orang islam samada tua,muda hatta anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Jika kita tidak cuba menentang atau memperlahankan kesan NWO itu ke atas Malaysia,
maka yang akan paling terasa kesannya adalah anak-anak kita.Salahkah kita sebagai orang 
Islam cuba berusaha menentang serta memperlahankan kesan NWO?Bukankan menjaga 
masa depan anak-anak kita itu adalah amanah ke atas kita sebagai ibu bapa?
Ingin saya jelaskan bahawa jika UMNO itu thagut menurut persepsi Dr Wahbah az Zuhaili 
kerana penyakit KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA (KKN).
Maka PAKATAN itu berkali ganda lebih 
thagut dari segi literal kerana PAKATAN itu 
jelas membawa fahaman LBGT,LIBERALISMA 
DAN PLURALISMA (LLP).
At least penyakit KKN didalam UMNO sudah semakin sembuh akibat tekanan berterusan 
daripada ahli akar umbi UMNO dan serangan pembangkang. Jadi maksudnya UMNO itu bila ditempeleng masih boleh belajar dan diajar. Di dalam pembangkang pula virus LLP semakin ditempeleng semakin kurang ajar pula jadinya. Makin lantang protes oleh penyokong mereka 
sendiri menentang penggunaan kalimah Allah oleh kafir harbi, semakin menjadi-jadi Anwar 
Ibrahim dan anaknya mempromote Pluralism. Dato Nik Aziz pula bila semakin dikritik supaya jangan ikutkan kehendak DAP, semakin pula dia memanjakan kesemua kafir harbi tu.

So,Silalah pilih yang mana lebih membahayakan akidah dan moral anak-anak kita.

KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA

atau

LBGT,LIBERALISM DAN PLURALISM

Bagi tujuan PRU 13 ini kami di Watchers Group tidak juga menganggap diri kami 

“menyokong” UMNO kerana terdapat sekurangnya 4 orang senior saya (termasuklah 
Imam Ali dari Kedah.. Ehem.. Marah dia kalau baca entri ni) yang secara peribadinya masih 
kuat bersentimental value dengan PAS.Namun untuk tujuan PRU-13 ini kami 
bersetuju bahawa hanya UMNO yang masih boleh ‘dipergunakan’ oleh orang Melayu 
Islam di Malaysia untuk memperlahankan kemasukan NWO di Malaysia (Oleh itu 
Imam Ali dan lain-lain penyokong PAS di Watchers Group tahun ni dengan muka kelat akan pangkah calon mesra UMNO.. Hahaha).
Oleh itu, sekiranya ada orang bertanya kepada anda parti mana yang akan anda sokong 
maka jawablah seperti dibawah.

“Saya tak sokong, tapi tahun ini saya akan 
MEMPERGUNAKAN UMNO 
untuk menentang New World Order”
Selamat mengundi.. Selamat Mempergunakan UMNO.. Selamat Berjuang Menentang NWO.

Semoga suatu masa nanti di masa mendatang penyokong PAS dan penyokong UMNO akan 

bersatu mempertahankan yang hak dan menentang yang batil.

Lepas tu bila mereka dah bersatu barulah kita “PERGUNAKAN” kedua parti ini untuk 

membentuk kumpulan baru berjuang dibawah bendera yang sama yang berwarna hitam tu.

Bila dah bersatu di bawah tujuan yang sama.. maka sila bubarkan UMNO dan PAS..