Dikhabarkan dua kerusi parlimen yang ditandingi calun BN Zul Noordin untuk P108 dan
Aziz Sheikh Fadzir P018 Kulim Bandar Bharu akan ditimpa “BADI” yang sama iaitu
bakal KALAH.Dua calun yang kini mewakili BN walaupun Zul Nordin pada PRU2008
mewakili PKR dan mengalahkan Aziz digelanggang Kulim Bandar Baharu dengan majoriti
5583 undi.

Bukan bertujuan untuk mempersoalkan apa yang diputuskan @NajibRazak kerana itu adalah
HAK MUTLAK beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional untuk memilih siapa juga calun
yang dikira layak(betul kah semua calun pilihan @NajibRazak?) untuk diketengahkan…
cuma KEWARASAN tentang pemilihan sesetengah individu itu yang menjadi polimiknya
sekarang ini.Ibarat rumah siap gergaji mesin masih lagi berbunyi…

Walaupun “gergaji mesin” dah diarahkan dan diminta untuk berhenti berbunyi demi
matlamat memenangkan parti,tapi mana mungkin gergaji berhenti berbunyi bilamana yang mengendalikannya adalah MANUSIA yang punya hati dan perasaan.

Dimana mana saja perkara yang sama diperkatakan.Sipolan yang dicalon tak layak,sipolan
lagi satu lebih dekat dengan masyarakat dan sudah berkhidmat semasa tempuh berkabung Umno,
sipolan yang dicalun tak turun padang aleh aleh terpacul jadi calun dan macam macam lagi cerita
yang boleh kita dengar dari Perlis sehinggalah Sabah sejak nama calun calun diketahui umum.

Dimanakah silapnya?

Apakah ini yang kita semua mahukan setelah penantian panjang pembubaran parlimen
yang selama ini cukup menekan minda dan jiwa kita?

Telah berkali kali aku nyatakan disini tentang betapa perlunya XFACTOR
dalam kita menghadapi pertempuran kali ini.Tapi bukan sahaja XFACTOR nya
tidak ada bahkan “pemilihan calun” kini pula mencetuskan polimik yang jika tidak ditangani
dengan bijak dan pantas bakal mencetuskan sesuatu diluar-jangkaan .

Aku sentuh dua calun diatas sekadar untuk dijadikan contoh “kebijaksanaan” pemikir
pemikir yang kerja mereka menasihati @NajibRazak dalam menggarap peluang BN kali ini.
Harap harap garapan mereka semua tepat dan tidak mencetuskan “keputusan terkejut 
beruk” untuk kita semua nanti.

P/S : Malam ini katanya @NajibRazak akan duduk berbincang dengan Umno 
Kedah.Pastinya adayang tidak kena dengan pemilihan calun disana dan rasanya 
belum terlambat untuk Najib melakukan sesuatu sebelum hari pencalunan.
Tenguklah mana yang patut diangkat keatas letakanlah dimana yang patut..

Dan…jangan lupa renung wajah wajah diatas..

P108….P018…suratan atau kebetulan no kod kawasan ini?