Semua tersengih sampai ketelinga kecuali..The Big Boss.
Cuma mampu tersenyum senget..

Bertahun tahun terma “WINNABLE CANDIDATE” dilaungkan @NajibRazak kesana
kemari sehingga rakyat dan ahli ahli Umno tertunggu tunggu dari planet mana akan Najib
datangkan “winnable candidates” ini semua sebab rakyat amat maklum “spesis” apa yang
selama ini yang mendominasi Umno dan spesis ini harus dinyahkan segera jika Umno serius
terhadap survival Bangsa Melayu.

Bila senarai calun setiap negeri diumumkan semua rakyat seolah olah mengalami “sindrom 
pancutan kurang matang”.“Climax Maksima” yang diharapkan setelah sekian lama
dihuhakan gagal dicapai bahkan menimbulkan polimik perbalahan dikalangan ahli Umno sama
ada secara terbuka mahupun secara senyap.Segala tok nenek “makjun tranformasi” ciptaan
Najib gagal diterjemahkan jika barisan calun calun yang diketahui setakat ini mahu diambil kira.

Disana sini ada saja protes dari ahli ahli akar umbi terhadap calun yang diketengahkan untuk
mewakili mereka.Sehingga dikhabarkan banyak PDM dan Bilik Gerakan dimerata tempat yang mengambil tindakan “tutup kedai” tanda protes mereka.Jika ianya berlaku disatu dua tempat
bolehlah kita menganggap ianya hanya kes yang terpencil yang tidak perlu diperbesarkan.Tapi…

Bila ianya berlaku dalam angka yang menggusarkan ianya bukan perkara yang boleh diambil
ringan oleh semua pihak yang terlibat dalam memastikan pertempuran PRU13 ini berpihak
kepada kita.Tidak mahu dan tidak boleh bercakap tentang ISU ini secara terbuka bukanlah
suatu tindakan yang bijak dan pastinya orang orang yang bercakap tentang hal ini (saperti blog
ini) akan dikecam sebagai “tidak membantu” dalam mencapai matlamat untuk kemenangan
Barisan Nasional.Tapi…

Apakah tidak bercakap atau mengelak dari menyentuh ISU ini boleh menjamin kemenangan
Barisan Nasional?

Kalau inilah “cara terbaik” yang difikirkan oleh PARA PEMIKIR NAJIB sapertimana
mereka membuat keputusan memilih calun calun sebelum ini,maka bersedialah untuk
menghadapi “kejutan” yang mungkin lebih mengejutkan dari Tsunami 2008…Nauzubillah
Min Zalik.

Kerana perlu dingat,bahwa Tsunami 2008 tercetus hasil kemarahan rakyat(ahli Umno) terhadap
Pak Lah dan kroni kroninya.Tapi kemarahan kali ini tertumpu kepada setiap calun yang tidak
disukai dan direstui oleh pengundi tempatan yang bakal menentukan kalah atau menang calun
BN yang diketengahkah oleh PARA PEMIKIR NAJIB mewakili Barisan Nasional.Itu
sebenarnya halangan besar yang mendepani matlamat kita semua.

Ketika aku menulis artikel ini dikhabarkan ada “kejadian aneh” berlaku di Dun Johol
bilamana calun (seorang uztaz)yang telah “diwatikahkan” beberapa hari lalu terpaksa
mendapatkan pelindungan pihak polis lari dari para penyokong sendiri(penyokong BN) kerana
tidak tahan diasak.Dikhabarkan juga calun yang sama telah “menyerahkan kembali” watikah
yang diterimanya beberapa hari lalu.(berita belum dapat aku sahkan lagi)

INI KALAU BUKAN BANGANG KITA NAK PANGGIL APA HAH?

Bertahun tahun memikir…bertahun tahun menyiasat latar belakang,akhirnya semuanya POYO!