Gambar hiasan

Malam tadi aku merayau rayau bersama rakan di Bandar Muar untuk mencari apa lagi yang
sedap dimakan disini selain Mee Bandung Muar yang amat popular itu.Sengaja kami ranjau
sekitar bandar Muar ini sambil meninjau ninjau mood pilihanraya disini setelah calun calun
untuk kerusi Parlimen dan Dun telah diketahui siang tadi.

Siang tadi aku melihat begitu ramai penyokong Pas dan PKR yang mengusung bendera DAP
semasa berarak menemani calun calun mereka,dan tengahmalam tadi aku melihat pula kaum
Cina dari kalangan penyokong DAP pula kehulu kehilir mengusung bendera Pas.Siapa yang
memperkudakan siapa aku tak pasti tapi yang pasti ada yang bakal diperkudakan.

Gambar Hiasan

Disuatu kawasan di Jalan Bakri kami hampir tersesat dan lalu terpaksa berpatah balik ke
Muar.Apa yang menariknya tempat yang kami pilih untuk membuat pusingan itu betul betul
dihadapan salah satu Bilik Gerakan DAP kawasan Bakri yang ketika itu sedang
membahagikan barang kempen pilihanraya mereka kepada penyokong/sukarelawan yang
semuanya dari bangsa Cina.Ada beberapa orang dewasa dan kanak kanak disitu yang aku
perasan, dan diantara barangan kempen yang dibahagikan merupakan bendera Pas.“Macam gampang…!”,tiba tiba teman aku bersuara melihat gelagat cina cina DAP dengan bendera Pas.

Kami tidak tergesa gesa beredar dari situ kerana ingin terus memerhatikan gelagat
penyokong penyokong DAP ini.Aku perhatikan ada seorang lelaki Cina dewasa mengambil
sama ada bendera Pas berukuran kecil ataupun sticker dan meletakannya dipunggung sambil
diikuti oleh seorang kanak kanak perempuan Cina(mungkin bapa dan anak) sambil mereka
ketawa berdekah dekah.(aku tak dapat nak rakamkan gambar sebab tak bawa kamera tadi)

“Padan muka Pas..!”,sambung temanku tadi sambil kami berlalu pergi.

Apa yang ahli dan penyokong Pas totok mahu tafsirkan insiden yang aku lihat tadi terpulang…