Gambar En.Osman yang aku rakam semalam dalam
keadaan sugul..
Aku rasa terharu amat sangat bila rintihan seorang nelayan yang aku utarakan
diblog ini semalam mendapat reaksi positif dari dato @razaliibrahim dengan
menghubungi Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Muar  En.Zainalyang hari ini
menghulurkan bantuan kewangan untuk membolehkan En.Osman berada
disisi anaknya Nur Fatin yang berseorangan diHospital Sultanah Aminah
sejak 11 hari lalu.
Aku amat bersyukur dapat membantu seorang insan melalui penulisan aku
walaupun aku sendiri ditimpa seribu macam masaalah sejak menjejak
kaki di Muar ini.
Saksikan video yang aku rakam semalam sehingga hari ini tentang rintihan
seorang nelayan sehingga masaalah dia diselesaikan hari ini.