Hari ini aku santai sikit jadi kesempatan yang ada aku gunakan untuk menyusuri
Sungai Muar dan melihat jambatan kedua yang belum lagi aku lihat sejak seminggu disini
menggunakanperkhidmatan Muar River Cruise yang bermula di Jeti Tanjung Emas.
Selama di Muar aku hanya berkesempatan menyelusuri kehidupan penduduk yang tinggal
disepanjang Sg.Muar tapi kali ini aku cuba melihat dari sudut pandangan yang berbeza

Cruise ini memakan masa 40 minit pergi dan balik dan bayaran yang dikenakan amatlah
berpatutan sekali dan cukup berbaloi.Pemandangan Bandar Muar dan kehidupan sepanjang
sungai cukup mengujakan jika dilihat dari dalam bot,apatahlagi dengan suasana tiupan angin
yang sederhana kuat menerjah kemuka kita…asyik sekali.

Siapa yang belum pernah mencuba patut mencuba menyusuri Sg.Muar ini.

SILA KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS