Najib dikerumuni “ulat taik” Selangor…


“Aku kata dah…”,merupakan ungkapan paling popular dan paling banyak
diungkapkan sejak malam pengumuman keputusan PRU13 dua hari lalu.

Ungkapan ini merupakan segala rumusan TOK NENEK POST-MOTERM yang baru
nak dilakukan atau dah pun dilakukan oleh macam macam TOK NENEK THINK-TANK
yang dibayar gaji lumayan oleh @Najibrazak untuk akhirnya membuatkan  Barisan Nasional
KALAH DALAM MENANG.Tahniah Think-No-Tank semua…

Hari ini ahli Umno akar umbi Selangor dan aku rasa dihampir setiap bahagian diseluruh
negara bersiul siul kecil sambil mengungkap “Aku kata dah..” bila membicarakan tentang
prestasi buruk “calun calun tentu kalah” yang dipertarungkan BN di PRU13 yang baru lalu terutamanya di Selangor.

Siapa yang senyum sampai ke telinga?
Tenguk wajah Najib..he he 

Aku amat yakin Najib tidak dapat menurunkan “WINNABLE CANDIDATE” yang didambakan
beliau selama ini bilamamana disaat saat  akhir beliau “didesak”,”diugut” dan “diancam” 
oleh “Penjaga Penjaga Pintu Taman Jurassic” yang tetap mahu calun pilihan mereka demi
menjaga kepentingan diri masing masing.

Maka akhirnya kita lihat “calun calun tentu kalah” dipertarungkan dan hampir semua mereka
mencapai matlamat “tentu kalah” bila keputusan diumumkan.Contohnya apa yang berlaku
di Ampang bila Barisan Nasional menang 0-3 saperti yang pernah aku ramalkan sebelum ini
jika percaturan calun tidak mengutamakan calun pilihan akar umbi Umno.

Bayangkan Azmin Ali yang langsung tak berkempen dan Zuraidah yang berkempen buat
syarat pun boleh menang besar menewaskan calun calun Barisan Nasional?

Aku diberitahu tidak ada walau sekali pun Azmin Ali dan Zuraidah serang calun calun BN
yang menjadi saingan mereka kali ini.Pelik betul…

Penat saja BN hu ha hu ha berkempen…

Paling penting Najib Razak termakan akan “gertakan” dan “desakan” warlord warlord
Umno ini dan tidak berani meRUBBER-STAMPkan kehendak beliau sendiri sebagai
Presiden Umno dan Pengerusi BN yang aku rasa kalau diketengahkan pasti keputusan yang
kita lihat hari ini akan jauh berbeza.Maka hari ini Najib melihat “Anti-Biotic 1Malysia”
yang ghairah dilaungkan beliau kesana kemari hanyut dalam pembentong ke kolam kumbahan
dan virus lama POLARISASI bertambah kuat dan immune dan sekutu BN menjadi carrier
nya.

“AKU KATA DAH….”