Berapa ramai “artifak sejarah” yang dah sepatutnya duduk dalam Muzium.

Aku masih mahu membebel rentetan artikel Apa nasib pejuang siber BN selepas ini? yang
aku siarkan disini awal pagi tadi.Bebelan aku masih berkisar mengenai faktor faktor penyebab
kekalahan Umno/BN dalam PRU13 baru lalu dari pemerhatian aku secara peribadi yang aku
amat pasti tidak akan diambil kira oleh @NajibRazak apatahlagi “Langau Langau Umno” yang
banyak berterbangan di Ibu Pejabat Umno di PWTC dulu,kini dan mungkin selamanya…

Apa pun ini blog aku dan ini pandangan aku,persetan kalau korang tak mau ambil peduli
kerana bukan aku yang terhegeh hegeh nak mengonggong KUASA selama ini,tapi korang!.
Kalau korang menang pun tak ada faedah secara langsung yang bakal aku perolehi dan
sekiranya kalau korang kalah menonggeng sekalipun tiada kerugiaan secara langsung yang
bakal menimpa keatas diri aku.

Tapi…

Sebagai orang yang diberi AMANAH dan TANGGUNGJAWAP untuk menjaga bumi
bertuah yang bernama TANAH MELAYU ini untuk anak cucu aku,adalah menjadi HAK
aku untuk menegur atau menentang korang jika AMANAH ini tidak korang jalankan
saperti seWAJIBnya!Kalau korang nak bagi pelingkup HAK anak cucu korang itu korang
punya hal,tapi HAK anak cucu aku jangan korang  perlekehkan!

Faham???

Kalau dah faham bagus…mari kita masuk ke klas semula supaya aku boleh sekolahkan
korang subjek subjek yang masih korang tak faham walaupun dah belajar selama 56 tahun.

Berbalik kepada isu pemilihan calun yang salah yang aku sentuh DISINI pagi tadi…

Kenapa setiap kali proses nak menamakan calun oleh Presiden Umno dan Pengerusi BN
bila menjelang PRU semua jadi macam “keling karam”?Sana bantah,sini tak suka,situ
ancam,sinun nak sabo dan ini dah acapkali berlaku bermulanya dizaman Pak Lah dan
mencapai tahap KRONIK nya di era Najib Razak baru baru ini?Seramai 61 ahli Umno
terpaksa dipecat kerana melanggar peraturan parti hasil bantahan mereka terhadap
pemilihan calun lantas melakukan apa yang tidak wajar yang bertentangan dengan
aspirasi Presiden dan parti.Itu angka(61) yang berani menzahirkan bantahan mereka
secara terang terangan dan diambil tindakan tapi aku yakin angka yang “kerandut” 
mereka masuk kedalam macam kepala labi labi mungkin empat atau lima kali ganda
lebih dari itu dan inilah spesis yang lebih membahayakan Umno jika nak dibandingkan
dengan yang 61 orang tadi.Kerana mereka ibarat “api dalam sekam”,“menggunting 
dalam lipatan”…

Salah siapa?

Aku salahkan semua pihak dari peringkat Presiden parti sehingga keperingkat tonggak
tonggak utama Umno Bahagian terutama yang menjadi Ketua dan Timbalan 
Perhubungan Umno Negeri..nokhtah!Lihat saja apa yang berlaku di Selangor.

Semua KORANG menjadi penyumbang kepada haru biru dan bertanggung jawap terhadap
kemelut yang tercetus!Kalau korang tak faham Bahasa Melayu aku boleh guna bahasa
yang mudah korang faham...אתה טיפש פוליטיקאים לשמוע זה !!!

Percaturan mudah menentukan calun menjadi kerja yang amat RUMIT disebabkan oleh
sikap kebanyakan PEMIMPIN ERA JURASSIC yang dah berakar berumbi di Umno Bahagian
yang kebanyakan mereka juga duduk diatas pentas MKT Umno (gambar atas).Berbeza dengan
Pakatan Rakyat yang sejak awal sudah digambarkan tentang bakal calun yang ingin mereka
pertaruhkan,calun Barisan Nasional hanya diketahui rakyat paling awal 3 minggu sebelum
hari pembuangan undi.Apa sajalah yang dapat dilakukan dalam masa 3 minggu untuk
memastikan kemenangan calun calun BN ini?Ini belum lagi diambil kira “skandal” yang
mengiringi biodata seseorang calun itu dan jika seseorang calun itu memang “bersih” hampir
tidak cukup waktu dan jentera untuk mempromo beliau untuk dikenali dan diyakini bakal
pemilih.

Masa dimana “tampal poster BN di tong sampah pun boleh menang” sudah lama berlalu,
tetapi Pemimpin Umno/BN dan “mereka” yang bertanggung jawap terhadap aspek ini masih
bermimpi dan merasakan rakyat masih bodoh macam zaman Jeffrydin tengah gah dengan
irama Pop Yeh Yeh nya.Ini masa Hip Hop dan Pop Yeh Yeh dah boleh dimuziumkan macam
juga kita boleh muziumkan Rais Yatim dan sewaktu dengan nya sebagai artifaks sejarah Umno
di Muzium Negara.

Dihari Umno KALAH 5 negeri PRU 2008,ramai ahli ahli Umno yang takut dan malu nak
memakai baju yang berlambangkan Umno.Hanya mereka yang benar benar jitu semangat juang
mereka yang masih bangga memakai apa saja perlambangan Umno waktu itu (aku salah 
seorang dari mereka).Dalam waktu yang sama wujud satu KESEDARAN dari ahli Umno
sejati untuk terus merelevankan Umno  dimata rakyat yang waktu itu diperintah Pakatan Rakyat
dengan berkhidmat secara sukarela dan ada yang sampai menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat
bagi pihak Umno dengan belanja sendiri.Ini juga dilakukan dikalangan ahli ahli parti komponen
BN MCA,Gerakan dan sebagainya dengan matlamat yang sama.

Tapi…

Bila tiba masa nak melantik Penyelaras Parlimen dan Dun untuk kerusi kerusi yang diduduki
Pakatan Rakyat tetap “tunggak tunggak rapuh” dari kepimpinan Umno Bahagian yang dipilih
@NajibRazak yang akhirnya menyaksikan “cengkaman” mereka disaat saat calun dikemukakan
kepada Presiden untuk dipertimbangkan.”Cengkaman” yang akhirnya menjadikan laporan
berbagai agensi yang selama ini bertanggung jawap mengumpul maklumat dan sentimen akar
umbi untuk dipersembahkan kepada Perdana Menteri hanya layak dibuat kertas bungkus nasi
lemak diwarung minah Indon.Segala masa,tenaga dan wang ringgit yang dibelanjakan untuk
agensi agensi ini mengumpulkan maklumat akhirnya menjadi PEMBAZIRAN semata mata.

Sepatutnya…

Platform segala Tok Nenek Penyelaras Parlimen dan Dun digunakan sebagai platform untuk
memperkenalkan bakal bakal calun yang mahu dipertaruhkan untuk PRU dan bukan sekadar
menjadi platform untuk mengembirakan hati Ketua,Timbalan dan Naib Ketua sesuatu bahagian
Umno.Bila ini tidak dilakukan maka terjadilah apa yang telah terjadi baru baru ini…

Segala tok nenek “Calun Pasti Kalah” menjadi pilihan terakhir Umno Bahagian atas kepentingan
peribadi masing masing dengan ultimatum yang tidak berani disangkal Perdana Menteri.
Lebihmemburukan keadaan bila ada dikalangan “strategist” Perhubungan Umno Negeri yang
cuba mengZainBADAKkan ahli ahli akar umbi dengan tidak mengambil kira sentimen dan
kehendak mereka.

Dibanyak kawasan MEREKA MEREKA yang dah bertahun menabur khidmat dan wang ringgit
secara sukarela terhadap masyarakat setempat dipinggirkan dan calun calun yang hampir tidak
dikenali dengan senang hati masuk CUCI KAKI bertanding….dan akhirnya KALAH TERUK.

Sudah tiba masanya Umno menggubal satu peraturan baru yang MELARANG tiga tunggak
utama Bahagian Umno iaitu Ketua Bahagian,Timbalan Ketua dan Naib Ketua bertanding
bagi mana mana kerusi dalam PRU.Jadikan 3 tunggak utama ini sebagai hanya CARETAKER
untuk menjaga bahagian demi kekuatan dan kesepaduan ahli ahli bahagian itu sendiri.Peraturan
ini bukan sahaja dapat mengelak perpecahan hasil perebutan kuasa diperingkat bahagian malahan
dapat menghindar “politik wang” diperingkat paling asas sebelum menular keperingkat pusat.
Ini tidak bermakna 3 tunggak utama Bahagian langsung tidak boleh bertanding dalam
PRU…silakan.

Tapi mereka mesti meletak jawatan jika dah GIAN sangat.

BERSAMBUNG DI LAIN ARTIKEL DALAM ASPEK YANG LAIN PULA.