Hari ini aku adalah ayah yang paling gembira bila puteri sulung aku grad.
Petang tadi dia menerima segulung Diploma di Management & Science 
University(MSU) Shah Alam dalam satu Majlis Konvokesyen yang dihadhiri
semua ahli keluargaku.

Syukur aku kehadrat Allah Taala atas kurniaan ini.Terima kasih Raihan..akak buat
abah rasa bangga dan tambah bangga lagi bila Selasa ini seorang lagi puteri aku
akan menerima segulung ijazah dari UITM Shah Alam.

Mana mungkin ini semua terjadi tanpa peluang dan pertolongan dari Umno.