Aku Peduli Apa says….

Petang tadi saperti kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya penyokong Barisan Nasional aku pun terpaku mengadap television jam 5 petang bila DS Najib mengumumkan “The Dream Team” beliau yang diiringi hujan ribut di Bukit Antarabangsa ini.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan susunan kabinet DS Najib yang melambangkan kehendak semasa terutamanya bila ramai Menteri dan Timbalan Menteri yang datang dari Sabah dan Sarawak yang masih merupakan “fixed deposit BN”.Sewajarnya lah Sabah dan Sarawak diberikan pengiktirafan atas kejayaan kedua negeri ditimur Semenanjung ini menyumbang sekali lagi untuk kemenangan Barisan Nasional diperingkat parlimen.Sebelum DS Najib membuat pengumuman aku agak gusar sedikit andaikata sumbangan Sabah dan Sarawak tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya.

Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri penuh di KBS sangat sangat aku alukan dan sudah tiba masanya beliau diberikan tanggung jawap mendekati para belia dan remaja setelah sepenggal (2008-2013) dia bersabar menerima “hukuman” atas “kegelojohan” beliau sendiri sewaktu era pemerintahan bapa mertuanya mantan Fa So La TIDUR.Sikap sabar dan tidak mensabotaj parti sewaktu terpinggir menyerlahkan “kematangan” KJ menghadapi dugaan politik yang beliau sendiri tempah dan aku yakin pengalaman ini telah mengajar beliau dan memantapkan jatidiri beliau sebagai pemimpin Malaysia masa hadapan.

Meski pun agak terkilan sedikit Dato Razali Ibrahim tidak diberikan peranan utama mengetuai mana mana kementerian kali ini terutamanya yang melibatkan golongan belia dan remaja,tetapi kemasukan beliau ke Jabatan Perdana Menteri aku anggap sebagai satu keperluan DS Najib untuk berurusan secara terus dengan beliau.Mungkin ada sesuatu yang DS Najib ingin beliau lakukan bila dipanggil kedalam PMO yang aku pasti tetap melibatkan belia dan remaja.Mungkin DS Najib mahu mendengar sendiri laporan dari beliau tentang gerak kerja yang dilakukan di KBS (Kem.Belia dan Sukan) dan KPT (Kem. Pengajian Tinggi)  yang kini bergabung dibawah KPM (Kem. Pelajaran Malaysia)…waAllahu’alam.

Perlantikan ramai Menteri dan Timbalan dari kaum India dari parti MIC mahupun bukan juga satu langkah yang baik terutama tanggung jawap yang diberikan kepada P Kamalanathan yang memang ternyata amat kuat 1Malaysia nya.Kemasukan P Waytha Moorthy dari Hindraf kedalam kabinet juga sesuatu yang diluar jangkaan tapi amat amat dialukan untuk membawa aspirasi kaum India dari satu perspektif yang berbeza sedikit dari MIC.

Ketiadaan wakil kaum Cina dari MCA dan Gerakan memang telah dijangkakan tetapi mengambil kira semangat perkongsian yang telah diamalkan sejak negara merdeka,DS Najib telah mengosongkan Kementerian Pengangkutan yang secara tradisinya diduduki MCA supaya satu AGM MCA boleh dipanggil untuk membatalkan “resolusi” sebelum ini supaya kementerian ini boleh diketuai oleh mana mana calun pilihan MCA yang menang baru baru ini.

Pun begitu…

Ada juga TUNGGUL TUNGGUL KAYU yang masih turut tersenarai dalam kabinet DS Najib kali ini.Tunggul kayu macam Nazri Aziz..Idris Jala..Mahdzir Khalid..Ahmad Bashah Hanifah,Ismail Sabri Yaakob adalah nama nama yang buat aku “potong stim”.Lain lain “muka lama” bolehlah aku terima setelah nampak mereka berfungsi penggal sudah.

Jadi setelah aku mengalami “klimax” pengumuman petang tadi,rasanya aku nak berihat seketika menggunakan pakej…..“CUTI CUTI NAZRI AZIZ”…atau “Cuti Cuti Chief” yang bakal jadi “Cuit Cuit Chief”.

Memandangkan banyak pokok yang tumbang dalam ribut petang tadi maka aku sajikan satu video klasik tentang pokok khas aku tujukan kepada “tunggul tunggul kayu” yang masih jadi menteri.

PERDANA MENTERI & MENTERI KEWANGAN 1
NAJIB BIN RAZAK

TIMBALAN PERDANA MENTERI
MUHYIDDIN BIN YASSIN

JABATAN PERDANA MENTERI: 

MENTERI: 
(1) JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR – BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) IDRIS JALA (SENATOR)
(4) JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR) 

TIMBALAN MENTERI:
(1) RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR) 

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: MOHD. NAJIB BIN ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(3) AHMAD BIN MASLAN (UMNO) 

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: IDRIS BIN JUSOH (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC) 

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : HISHAMUDDIN BIN HUSSEIN (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO) 

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : HISHAMUDDIN BIN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO) 

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : WAN JUNAIDI BIN JAAFAR (PBB) 

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : FADILLLAH YUSOF (PBB) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO) 

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : ANIFAH BIN AMAN (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO) 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : HASAN BIN MALEK (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO) 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : JAILANI BIN JOHARI (UMNO) 

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO) 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI :  SHAFIE BIN APDAL (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB) 

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO) 

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC) 

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : S. SUBRAMANIAM (MIC) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HILMI BIN YAHAYA (UMNO) 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : ADNAN BIN MANSOR (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR) 

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB) TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : NORIAH BINTI KASNON (UMNO) 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO) 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO) 

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS) 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : EWON EBIN (UPKO) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO) 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : G. PALANIVEL (MIC) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : JAMES DAWOS MAMIT (PBB) 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB) 

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)