ADAKAH DOKTOR DI VIETNAM BERPAKAIAN SEPERTI JURURAWAT? ( IZAN DAN MARYAM SELAMAT TIBA DI TANAHAIR )

1. 15 Mei 2013, kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu. Beberapa hari sebelum itu Maryam mengalamichicken pox. Bagaimanapun ground staff Air Asia di LCCT membenarkan Maryam dan semua ahli keluarga diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Tindakan itu tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam sihat. Hanya tompokan hitam masih kelihatan di seluruh tubuhnya dan dia tidak demam.

2. 18 Mei 2013, kira-kira 20 minit sebelum pesawat dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur, Maryam dilarang oleh ground staff Air Asia di lapangan terbang di Ho Chi Minh menaiki pesawat syarikat tambang murah itu, penerbangan AK 1455 pada jam 9 malam, waktu Vietnam.

Tompokan kesan chicken pox dilihat oleh ground satff berbangsa Vietnam lalu mereka bertindak mengikut peraturan seperti dicatatkan dalam terma dan syarat penerbangan Air Asia.

Mereka diarahkan oleh lelaki di bawah untuk tinggal di Ho Chi Minh selama 5 hari sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

3. Medical doctor berbangsa Melayu, berkebetulan penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri dan memaklumkan ground staff Air Asia, melalui pengamatan beliau, Maryam selamat untuk diterbangkan. Namun, kenyataan doktor itu tidak diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang, beliau berstatus pelancong di negara asing itu, cuma cuba ingin membantu menyelesaikan masalah timbul.

Melalui pengamatan saya dan keluarga Izan, TIADA doktor Vietnam membuat pemeriksaan terhadap Maryam di sekitar pintu 18 lapangan terbang. Hanya jururawat ditugaskan mengambil bacaan suhu badan Maryam. Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit, jururawat warga asing itu hanya membisu.

Jika benar status kesihatan Maryam membahayakan penumpang lain, bagaimanakah bayi itu DIBENARKAN oleh ground satff Air Asia di LCCT untuk menaiki pesawat ke Vietnam pada 15 Mei tetapi kemudian dinafikan penerbangan 4 hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?

4. Hampir jam 9.30 malam, Izan dan Maryam ditemankan oleh dua saudara lelaki mereka, Faisal Mohd Fozzeli dan Mohd Hasif Mokhtar (berbaju merah) dibawa keluar oleh ground staff bertugas dari lapangan terbang dan HANYA dihantar ke terminal teksi.

Tatkala itu mereka tidak mempunyai bilik hotel dan juga kenderaan untuk bergerak di negara asing terbabit. Malah sebahagian wang mereka bawa, disumbangkan oleh penumpang pelbagai bangsa penerbangan AK 1455.

Bukan sahaja Izan dan ahli keluarga menitiskan airmata, malah majoriti penumpang bakal berlepas meninggalkan mereka berasa hiba dengan situasi didepani oleh anak beranak itu.

5. Ground satff di Vietnam MENDAKWA, kapten kapal terbang Air Asia AK 1455 tidak membenarkan Maryam menaiki pesawat. Pada kira-kira jam 9.50 malam, beberapa minit setelah menaiki pesawat, saya dimaklumkan oleh pramugari bertugas, kapten Ariffin Bakar tidak mengetahui perincian kes terbabit.

Pihak manakah tidak berkata benar?

6. Setelah tiba di LCCT, saya dimaklumkan oleh Norhamiza, adiknya Izan, anak dan dua saudara mereka terpaksa mencari teksi dan hotel sendiri. Izan dilaporkan terpaksa membeli susu Maryam dan juga pakaian mereka.

Akhirnya dengan bantuan ejen pelancongan di Ho Chi Minh, mereka menyewa May Flower Hotel dengan kadar bayaran USD60 semalam dengan menggunakan wang sumbangan penumpang penerbangan AK 1455.

7. Tiada kakitangan Air Asia menghubungi Izan mahupun ahli keluarganya.

8. Pada 19 Mei, kakak Izan, Norhamiza tiba di Kuala Lumpur kemudian bertindak menghubungi adiknya, pegawai senior Tourism Malaysia di New York, Amerika Syarikat, Ahmad Johanis. Johanis kemudian medapatkan bantuan kakitangan Tourism Malaysia Vietnam, MAS dan pihak Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Berikutan bantuan dihulurkan, Maryam kemudian dihantar ke hospital untuk diperiksa dan disahkan sihat oleh doktor di Victoria Healthcare Vietnam.

9. Izan, Maryam dan saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA pada jam 7.45 malam semalam menggunakan pesawat MAS.

10. Berikutan kes ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengeluarkan kenyataan di laman Twitter beliau.

Ertinya, membiarkan Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka terkontang-kanting mencari hotel dan kenderaan pada kira-kira jam 10 malam di negara asing, tanpa bantuan ground staff di lapangan terbang Ho Chi Minh itu mengikut buku, ‘follow the book’.

Maryam dikendung oleh ibunya, hanya berusia setahun 2 bulan. Tanpa susu dan pakaian, mereka terkial-kial cuba mendapatkan bekalan.

Kejadian itu juga berlaku kerana Air Asia mengikut buku.

Selain daripada menjalankan perniagaan bertujuan meraih keuntungan, pihak pengurusan Air Asia harus memikirkan faktor kemanusiaan dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL. Rakyat Malaysia lazimnya berbudi bicara sewaktu melaksanakan sesuatu tindakan.

Tweet terbabit kemudian didapati telah DIPADAMKAN dan berikut kenyataan Tony seterusnya.

11. Pada hemat saya, Tony tidak sepatutnya tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan di laman sosial. Beliau atau kakitangannya harus terlebih dahulu mengambil inisiatif cuba menghubungi Izan atau ahli keluarganya untuk menyiasat dan mendapatkan penjelasan terperinci kedua pihak berhubung kejadian berlaku.

12. Saya dimaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berlaku di Vietnam. Dalam kenyataan itu, doktor dikatakan memeriksa Maryam dan bayi kelainan upaya itu disahkan tidak layak, unfit untuk diterbangkan.

Kamera digital sentiasa berada di tangan saya sewaktu berada di lokasi sama. Satu-satunya individu hadir di lokasi, dilihat sebagai kakitangan perubatan, wanita di bawah ini.

Jika dia doktor, amat menghairankan kerana pegawai perubatan bertugas di lapangan terbang antarabangsa itu tidak langsung mampu berbahasa Inggeris.

Mungkin doktor di Vietnam juga berpakaian seperti jururawat dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan bahasa tempatan sahaja. Justeru tidak hairan ‘doktor’ terbabit enggan menjawab soalan dikemukakan oleh ahli keluarga Izan.

Saya sendiri menyaksikan dengan mata kepala, wanita itu cuba meletakkan jangkasuhu di celah ketiak kanan Maryam sedang dipangku oleh ibunya. Akibat pergerakan Maryam kerana kurang berasa selesa, jangkasuhu itu terjatuh dan disambut oleh wanita itu. Dia kemudian melakukannnya untuk kali kedua sebelum beredar.

Tidakkah secara profesional, ‘doktor’ itu wajar menjelaskan status kesihatan Maryam kepada ibunya sebelum menghilangkan diri?

Molek jika Aireen atau kakitangan pengurusan Air Asia mengambil SEDIKIT waktu menghubungi Izan untuk mengesahkan kenyataan saya. Bijak juga, jika beliau mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup di pintu 18 di antara jam 8.30 dan 9.30 malam waktu Vietnam untuk membuktikan samada ground staff Air Asia di Ho Chi Minh menyalurkan maklumat tepat atau sebaliknya.

13. Kali terakhir saya bercakap dengan Norhamiza pada jam 6.30 petang semalam. Tiada kenyataan dikeluarkan oleh wanita itu mengatakan wakil pihak pengurusan Air Asia menghubungi keluarganya.

14. Kes ini turut mendapat liputan akhbar Utusan Malaysia, klik di sini dan Agenda Daily, klik di sini.

Berita juga dipaparkan oleh New Straits Times, klik di sini.

15. Berikut entri terdahulu saya nukilkan.

1. Ibu dan bayi sengsara di Vietnam : Air Asia usah lepas tangan Klik di sini.
2. MAS membantu membawa pulang penunmpang Air Asia didakwa bermasalah Klik di sini.
3. Terkini : Kisah Izan dan Maryam Klik di sini.
4. Adakah doktor di Vietnam berpekaian seperti jururawat? Klik di sini.

16. Terima kasih kepada semua pembaca sudi memberikan sokongan moral untuk bersama kita mendedahkan kebenaran.

17. To Sri Tony Fernandes, instant denial wouldn’t stop Malaysians to talk about this particular incident. Please have the courtesy to investigate this case thoroughly for the betterment of Air Asia operations in the future.

It is not a sin for Air Asia to contact Izan and the rest to offer your apologies.

The act of damage control needs to be executed.