Dikhabarkan hanya 10% golongan pendidik yang menyokong/mengundi Barisan Nasional dalam PRU13 yang baru lalu dan selebihnya 90% lagi mengundi pembangkang.Pada aku agak keterlaluan untuk kita beranggapan begitu tanpa statistik sah yang menyokong angka yang digembar gemburkan itu.Tapi kalau kita ingin mengatakan MAJORITI (400 ribu orang) para pendidik ini “tidak mesra kerajaan” dan ramai yang menyokong pembangkang,ianya masih dapat diterima kerana tidak mesra atau tidak menyokong kerajaan bukan beerti mereka ini pengundi parti pembangkang.Tetapi hakikat bahawa majoriti kaum pendidik ini tidak menyukai Kerajaan (Umno) memang tidak boleh disangkal dan ianya amat jelas kalau kita rajin menyelusuri bilik bilik guru dan mencuri dengar apa yang mereka perbualkan tentang politik dan kerajaan yang ada hari ini.

Dimana silapnya….ada yang bertanya begitu?

Atau tiru-tampal “tajuk kontrovesi Utusan Malaysia”Apa lagi guru mahu?

Soalan “Apa Lagi Guru Mahu” berhubung rapat dengan apa yang telah ditaburkan oleh kerajaan sebelum dan sewaktu PRU13 yang lalu makin menghampiri.Sama saperti Kerajaan (Baca Najib Razak) memanjakan kaum Cina dengan memberi berbagai kemudahan dan ratusan juta RM,kaum guru juga dilayan dengan kaedah yang sama.Beri…dan beri…dan terus memberi..walaupun diakhirnya dikatakan MAJORITI kaum guru ini tidak memilih Barisan Nasional dihari pengundian.Mungkin cerita kaum guru tidak berpihak kepada Barisan Nasional tidak dapat disahkan oleh mana mana pihak dan ianya sekadar cerita serkap jarang,tapi masakan pokok bergoyang jika tak ada beruk yang beriya iya menggoyangnya.Apapun pastinya ada kaedah yang digunapakai untuk “mengetahui” kecenderungan politik para pendidik ini condong kearah mana.(Aku tak mahu ulas bab ini dan aku serahkan pada korang semua untuk berimiginasi)

Sikap “anti-establishment” yang dikatakan begitu menular dikalangan majoriti kaum pendidik ini dikhabarkan sudah sampai ketahap kronik.Ramai dari mereka tidak segan silu menyatakan tentangan mereka terhadap kerajaan yang ada hari ini saperti yang dinyatakan dalam surat Gelora Langkawi yang pada aku hanyalah ‘the tip of the iceberg” dan ianya bukanlah kes terpencil.

Persoalannya…

Dimanakan silapnya Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh seorang Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin sehingga GAGAL menyelami hati nurani golongan para pendidik ini sehingga mereka dilihat begitu “rebelious” secara terangan atau secara senyap?

Mengapa setelah sepenggal menerajui kementerian ini Muhyiddin Yassin dilihat masih GAGAL memenangi hati kaum pendidik ini walaupun berbagai faedah dan kemudahan yang telah disuapkan kemulut para pendidik ini?

Mengapa sehingga hari ini segala dasar dasar yang dirangka kerajaan GAGAL diterapkan dihati para pendidik ini untuk seterusnya diterapkan pula kehati para pelajar yang mereka didik?

Banyak lagi MENGAPA kalau aku nak senaraikan disini,tapi cukuplah setakat itu sahaja dulu…

Menyaksikan satu persatu program yang dirangka Kementerian Pendidikan sebelum ini saperti “1 Murid 1 Sukan”, “Senam Robik serentak 1Malaysia”, “Key In PBS server share 1 Malaysia” GAGAL hanya mengesahkan “ketidakupayaan” menteri yang mengepalai kementerian ini…SIAPA?Ini belum lagi diambilkira pemansuhan PPSMI yang akhirnya menjadikan para pelajar yang terlibat sebagai “tikus makmal” yang dimangsakan…atas tak mampu digapai bawah pula tidak dapat dijejak.Akhirnya anak bangsa juga yang menanggung kerugian kerana Muhyiddin Yassin lebih akur mendengar pendapat beberapa kerat “so called pencinta bahasa” yang dah hampir tamat tarikh luput didunia ini sedangkan Anak Melayu yang dahagakan kemahiran berbahasa Inggeris yang akan terpaksa terus bersaing dengan bangsa lain yang menguasai lebih dari satu bahasa.

Ini belum lagi diambilkira kesusahan dan kepayahan yang telah DIBEBANKAN keatas bahu para pendidik untuk menjalankan PROJEK SEPARUH JALAN Kementerian Pendidikan atau boleh kita gelarkan Projek Muhyiddin Yassin.Jadi apa yang mahu diherankan jika kaum pendidik ini mula MEMBERONTAK dengan menunjukan sikap “anti-establishment” bila kerap kali diperlakukan begitu oleh pembuat dasar pendidikan yang diketuai oleh Menteri Pendidikan sendiri.Bebanan tugas tanpa campur aduk “mimpi dan angan angan ahli politik” pun sudah cukup membebankan mereka,apatahlagi ditambah dengan “projek sekerat jalan” yang membuang masa dan tenaga mereka dan merugikan anak didik mereka.Jadi salah ke kalau mereka marah pada kerajaan (Baca Muhyiddin)???

Aku tak dapat nak membayangkan apa yang bakal terjadi selepas ini bila @NajibRazak menggabungkan  Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan dalam pembentukan kabinet barunya selepas PRU13 baru baru ini.Mungkin pada @NajibRazak ianya adalah “The Dream Team” tapi pada aku ianya lebih merupakan “The Dreaming Team” yang mimpi basah mereka akan dapat kita lihat bila genap 100 hari edahnya.

Apa tidaknya…siang siang lagi sebelum dakwat tandatangan diwatikah perlantikannya kering Menteri Pendidikan II Idris Jusoh dah buat kenyataan PALAT yang membentuk Barisan Pelapis Baru Penyokong Pembangkang dikalangan para pelatih disemua maktab/institut perguruan dengan mengatakan “Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).”

Dicelah kenyataan diatas diselitkan pula kata kata pemanis mulut…

“Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.”

Palat apa menteri cakap macam ini?Kalau dah tahu belum “muktamad”(ayat siapa ni?) masih dalam peringkat perbincang tak payahlah umum…Bahalollll !!!
Sebab tu kau Deris masuk dalam senarai “Hall Of Shame” aku…
Aku tak dapat nak membayangkan Kementerian Pendidikan yang punya 2 Menteri.Nanti Muhyiddin Yassin panjat pokok kelapa,Idris Jusoh pulak panjat pokok pinang.Itu belum diambilkira Timbalan Menteri yang sesekali akan “enter frame”
Jawapnya anak anak kita nanti benjol kepala kena hempap buah kelapa atau pun mabuk makan buah pinang.
P/S : Diartikel akan datang aku akan kupas sebab sebenar kaum pendidik ini marah sangat dengan Kerajaan (Baca Umno) dari sudut sejarah perjuangan kaum pendidik dalam Umno dari dahulu sehingga hari ini.Takkan ini Penasihat Najib apakenama tak bagitau dalam memberi “khidmat nasihat” yang jadi pelingkup selama ini?

Takpe Ah Jib Gor…gua bagi secara PERCUMA tak perlu bayar pun…