Artikel aku masih lagi berkisar atas topik Siapa Blogger/Cybertrooper Najib? saperti dalam dua artikel sebelum ini DISINI dan DISINI.Ruang komen blog ini juga aku buka seluas luasnya tanpa moderation untuk memudahkan siapa juga melontarkan komen terutama untuk para blogger/cybertrooper untuk menyatakan pendirian mereka dan setakat ini kebanyakan yang mengatakan “IYA AKU BLOGGER NAJIB” terdiri blogger blogger naungan Unit Media Baru (UMB).Belum ada lagi nama nama gah blogger yang kita kenali selama ini tampil membuat kenyataan (baca pengakuan) sapertimana yang telah dilakukan oleh blogger blogger UMB.

Ini mengundang persoalan kenapa tidak?

Apakah mereka sengaja tak mahu menyatakan pendirian…atau mereka belum membaca lagi artikel aku…atau mereka memang tidak berani menyatakannya atas sebab sebab yang hanya mereka sendiri yang tahu?

Mungkin juga mereka merasakan perlu apa melayan blogger macam aku yang memang selama ini tidak mendapat tempat dihati Pemimpin Umno terutamanya Perdana Menteri.“Blogger Gila” yang memang cuba dijauhi oleh semua pemimpin dan tidak diterima baik dikalangan penggiat media pro umno sendiri.Tapi mereka lupa satu perkara….yang blog haprak aku ini senantiasa 24/7 dipantau oleh PMO dan agensi agensi tertentu dan juga NajibRazak sendiri dan pastinya setiap blogger yang BERANI membuat pengakuan diruang komen akan diperhatikan oleh Najib Razak sendiri.Habis korang ingat aku saja syok sendiri tulis artikel ini kalau bukan bertujuan nak bagitau PM siapa sebenar blogger/cybertrooper yang benar benar SETIA dan MENYOKONG dia?

Perlu diingat juga ruang komen yang terbuka luas bukan beerti kesempatan untuk korang guna segala tok nenek Anon untuk menghantam dan menghambur maki hamun terhadap aku,kerana korang pun tahu identiti dan ip address korang mudah aku kesan dengan berbagai teknologi software yang wujud hari ini.Jadi AWAS! dalam keghairahan korang melampias kemarahan dan kebencian korang terhadap aku  jangan sampai terkantoi kerana ini juga akan jadi sebahagian REPORT aku kepada PM nanti..

So kita dah faham Rules Of The Game…jadi kembali kepada persoalan pokok artikel ini..

SIAPA SEBENARNYA BLOGGER/CYBERTROOPER NAJIB RAZAK?

Dalam “arus serangan” bertali arus terhadap Penasihat PM (baca serangan kepada PM) mana perginya nama nama besar blogger yang selama ini meniti dibibir penyokong BN?

Kenapa MEREKA tidak mempertahan NajibRazak bila diserang kalau mereka benar benar adalah blogger setia Najib Razak?

Itu adalah persoalan yang wajib difikirkan oleh semua orang yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak.Kenapa semuanya MEMBISU dan membiarkan Najib Razak digasak atas dan bawah berhubung isu para PUNASIHAT beliau?

Bila mereka berdiam diri siapakah yang masih tampil kehadapan MEMBELA?

Jawapannya ada DISINI dan seluruh jentera siber yang bernaung dibawahnya.

Apakah ini masih tidak cukup lagi untuk membuka mata Najib Razak seluas luasnya untuk membezakan yang mana satu KACA dan yang mana satu PERMATA?

Kalau ini pun masih gagal dilihat bagaimana Najib Razak mampu mengemudi negara ini untuk tempuh sepenggal lagi bilamana dia dikelilingi oleh VULTURES VULTURES yang menunggu saat dan ketika untuk melapah dirinya sendiri.

* Diartikel akan datang bagaimana GAME ini ingin mengheret TS Muhyiddin dan Tengku Razaleigh kekancah pergolakan menjelang Pemilihan Umno yang dijangkakan hujung tahun ini.