Aku memanglah dah diCOP sebagai bukan blogger Najib..
Dinturtle dah nyatakan pendirian dia tentang Najib…
Nota : Untuk tujuan ini segala komen tidak akan dimoderate dan diharap gelangang terbuka ini tidak disalahgunakan untuk memaki hamun mana mana individu.Kerana sudah ada unsur unsur demikian dalam komen tertentu.APA tidak akan teragak agak DELETE komen yang melampau.

Saperti yang aku janjikan sebelum ini DISINI jadi aku sambung mengupas tentang perkembangan mutakhir tentang SERANGAN BERTALI ARUS terhadap Punahsihat Punahsihat @NajibRazak terutamanya Alies Nor.Kalau dilihat secara kasar serangan ini bermula hasil kenyataan Tun Daim dalam wawancaranya bersama The China Press dimana beliau menyalahkan penasihat penasihat Perdana Menteri atas prestasi buruk BN dalam PRU13 yang lalu terutamanya di negeri Selangor (aku pun turut tumpang sekaki menyerang).
Apa yang GAGAL dilihat oleh ramai bloggers/cybertroopers BN serangan ini sebenarnya bukanlah ditujukan kepada Penasihat Penasihat Najib tetapi ianya adalah gelombang awal satu gerakan menyerang atau cuba MENJATUHKAN Najib dengan memperalatkan para bloggers oleh kumpulan tertentu.Siapakah mereka?
Mereka ini adalah bloggers dalam inner circle PM sendiri yang sekian lama menagih dan menerima berbagai kemudahan (dana) kononnya untuk memperkasakan PM sedang hakikatnya mereka melakukan perkara yang sebaliknya dan mengatur gerakan senyap untuk menjatuhkan Najib dengan mendesak beliau berundur (saperti apa yang dilalui Pak Lah selepas PRU12).Senang kata atau pendekata mereka ini adalah BLOGGER TUN M atau lebih tepat lagi Bloghouse yang dipimpin Dato Rocky aka Rocky Bru.Menurut Kritisonline hampir 96 Juta RM telah dibelanjakan menggemokan “vultures vultures” ini selama 4 tahun sedangkan hasilnya langsung tiada.Keperkasaan Media saperti yang dijanjikan kepada Najib hanya omongan kosong mereka bagi menggabui agenda jahat mereka.
Untuk tujuan ini bloggers jalanan (macam blog aku) diperalatkan untuk “mencetuskan” gelombang awal dengan melakukan serangan awal terhadap Penasihat Penasihat Perdana Menteri (memang pun Punasihat PM spesis bagi pelingkup pun) yang dikatakan gagal dan didesak berundur atau letak jawatan.Sungguh licik “game” mereka ini dengan fokus sekunder ditujukan kepada Penasihat Penasihat PM sedangkan Target Prima mereka adalah NAJIB RAZAK sendiri.
Pelik bila Penasihat Penasihat Siber PMO gagal mengenal pasti siapakah sebenarnya bloggers/cybertroopers (tulen) yang benar benar setia kepada Najib Razak dan mempertahankan beliau dari serangan baik dari luar mahupun dari kalangan bloggers pro Umno sendiri.Mereka (penasihat siber) saperti menternak ular bisa didalam rumah sendiri yang akhirnya ular itu akan mematuk penghuni rumah tersebut.Kalau ini sajalah yang mampu mereka lakukan,maka mereka dan Penasihat Penasihat PM yang sedang diserang tiada bezanya...SAMA SAMA NAK BAGI PELINGKUP NAJIB!
Bukankah ini BAHALOL IBNI BEBAL namanya…
Tidak cukup dengan ULAR ULAR yang dibela didalam rumah,kini bloggers jalanan yang dikatakan sebelum ini BERTUANKAN Hishamuddin,Zahid Hamidi,Nazri Aziz,TS Muhyiddin,Rosmah Mansur dan beberapa agensi saperti BTN dan Jasa yang berjaya “diperalatkan” oleh Bloghouse kini akan melingkungi Najib Razak dalam satu sessi Perjumpaan Bersama Penggiat Media yang bakal dilangsungkan pada 8hb Jun yang akan datang. Separuh dari mereka yang akan hadhir bukanlah bloggers/cybertroopers yang SETIA pada Najib bahkan mereka terlibat dalam agenda nak menjatuhkan Najib sama ada secara mereka sadar atau tidak kerana dipergunakan.
Malang sekali NajibRazak dikelilingi Penasihat Media yang GAGAL mengenal pasti SIAPAKAH SEBENARNYA BLOGGER/CYBERTROOPER SETIA NAJIB selama ini.
Adalah KESILAPAN YANG AMAT BESAR NAJIB jika dia terus terusan mempercayai apa yang disuap kemulutnya oleh “pemuka pemuka” yang hebat berlakon dihadapannya seolah olah saperti mereka bersamanya dan GAGAL melihat siapakah sebenarnya dikalangan bloggers atau kumpulan bloggers yang bermati matian mempertahankan diri beliau selama ini.
Bagi diri aku dah tak jadi hal kalau orang nak kata aku BUKAN BLOGGER NAJIB kerana memang dah diCOP begitu kerana cara penulisan aku yang menghentam kiri kanan atas bawah tak hingat hingat.Nak buat macamana kerana itu dah cara aku menulis dan paling tidak aku menyatakan sesuatu secara terang dan tidak berpura pura saperti dilakukan ramai yang bakal hadhir menemui Najib pada 8hb ini.Bodek mengampu mengipas kemudian menikam dari belakang bukan budaya aku.Tak betul pada mata aku tak betul lah…takkan nak diangguk kepala macam itik angsa.
Cuma dalam hal ini ada yang aku lihat terlepas pandang oleh Najib Razak dalam usaha dia mendekati penggiat media pada 8hb ini….iaitu Unit Media Baru (UMB) pimpinan Tun Faisal.Aku dikhabarkan UMB tidak dilibatkan sekali dalam perjumpaan ini…apa benar Ah Jib Gor?Kenapa tidak?Apa yang tidak kena dengan UMB atau Tun Faisal sehingga dipinggirkan?
Sila Yang Amat Berhormat selusuri Portal Resmi UMB dan blog blog yang bernaung dibawahnya (tolak blog akulah…he he) sejak dari mula YAB megambil alih jawatan Perdana Menteri sehingga kehari ini dan cari….
1. Ada tak blog blog naungan UMB menyerang Yang Amat Berhormat?

2. Tidakkah UMB bersama sama semua bloggers naungannya mempertahankan YAB tanpa henti dari serangan sejak dulu sehingga hari ini?
Kalau sudah gitu ngapa sih UMB tidak turut serta dipanggil?
Apakah Yang Amat Berhormat lebih percaya kepada pandangan Penasihat Media yang selama ini menghabiskan RM96 Juta membela “ular ular bisa” yang menanti saat dan ketika sahaja untuk mematuk YAB dari Tun Faisal dan Unit Media Baru yang dah tentu tentu Umno?
Persoalan yang WAJIB Yang Amat Berhormat fikirkan…
Kembali kepada tajuk artikel ini ” Siapa Bloggers & Cybertroopers @NajibRazak ?  ” dan jika anda yang membaca adalah blogger atau cybertrooper pro Umno,sila nyatakan siapa anda diruang komen dibawah…..
Sama ada ANDA
BLOGGER/CYBERTROOPER NAJIB RAZAK atau BUKAN.
Tiada paksaan untuk anda menyatakan pendirian anda jika anda memilih untuk berbuat demikian…