Sejak seminggu yang lalu aku merasakan saperti kelainan setiap kali memandu kereta aku terutama sekali bila mengambil selekuh kanan.Sesekali isyarat brake akan keluar dan hilang walaupun aku dah periksa brake dan minyak brake berada dalam keadaan baik.Disamping isyarat yang on and off dan sedikit rasa understeer bila mengambil selekuh kanan kereta Range Rover yang dah berusia 16 tahun ini berada dalam keadaan yang baik kerana pemilik asal kereta ini menjaganya dengan baik.

Tetapi Sabtu lepas sewaktu dalam perjalanan pulang melepasi Terowong Karak selepas singgah berjumpa Pak Habib di Janda Baik sesuatu yang pelik berlaku pada kereta aku bilamana satu bunyi kuat saperti ada sesuatu yang tertanggal dan terheret kedengaran sewaktu aku menuruni bukit curam mengarah ke Tol Gombak.Disebabkan keadaan jalan dan trafik tidak mengizinkan aku berhenti dibahu jalan maka aku hanya memberhentikan kereta bila tiba di R&R Gombak sebelum plaza tol.

Puas aku memeriksa kereta aku terutama dibahagian bawah kereta untuk mencari apa punca bunyi yang aku dengar sewaktu menuruni bukit tadi tetapi tiada satu pun tanda tanda fizikal yang dapat aku lihat.Setelah berpuas hati tiada apa apa yang tertanggal,tercabut atau tergantung maka aku meneruskan perjalanan semula hanya mendengar kembali bunyi yang aku dengar semasa menuruni bukit tadi.Banyak kali juga aku terpaksa berhenti sepanjang perjalanan dari Tol Gombak ke Bukit Antarabangsa  dan memeriksa dibawah kereta cuba mencari punca bunyi yang aku dengar tapi tetap gagal mengesannya.Walau apa pun aku meneruskan juga perjalanan perlahan lahan sehinggalah selamat sampai ke destinasi.

Baru semalam kereta aku ini diangkut untuk repair ke workshop..

Memandangkan esuknya hari Ahad dan workshop tempat aku menghantar kereta ini untuk diselenggara tidak dibuka maka terpaksalah aku menunggu sehingga hari Isnin.Ketidakpuasan hati mendorong aku menghabiskan hari Ahad aku cuba mencari punca datangnya bunyi kuat itu dengan bantuan seorang mekanik yang aku kenali dan alangkah terperanjat bila aku dapati hampir semua nut keempat empat roda kereta aku dalam keadaan longgar (atau sengaja dilonggarkan).Masuk kebahagian bawah kereta aku diberitahu satu rod (besi) berukuran 2 kaki yang menghubungkan sistem steering,drive shaft dan roda telah tiada dan ianya mustahil tertanggal sendiri kecuali ada yang sengaja menanggalkan nya (gambar paling atas).Berderau darah aku seketika bila diberitahu sahabat mekanik tadi yang ada kesan kesan saperti ianya baru saja diusik.

Mengikut kata sahabat mekanik aku setelah ditanggalkan ianya berkemungkinan dipasang semula kali ini dengan hanya menyendalnya dengan sesuatu atau menggunakan skru asal yang sengaja tidak dikunci untuk memudahkan ianya tertanggal untuk suatu masa tertentu atau dalam keadaan pemanduan laju.

Aku rasa kereta aku ini dari jenis pemalas..sebab tu suka naik lori.

Jadi kesimpulan yang diberitahu kepada aku oleh sahabat ini ada kemungkinan ianya PERBUATAN KHIANAT terhadap diriku oleh pihak/individu yang tidak dikenali.Wow! terkedu aku seketika dan tiba tiba ingatan aku melayang teringat kemalangan yang menimpa Dr.Norvandri dan Che Wan MPP di Behrang tidak berapa lama dahulu dimana aku diberitahu oleh Che Wan yang kedua roda kereta mereka tercabut dalam kemalangan itu.

Apakah menjadi BLOGGER POLTIK sudah tidak selamat lagi dan menjadi sesuatu yang membahayakan nyawa?

Atau….

POLITIK MALAYSIA sudah naik ketaraf  MAFIA dimana “political assassination” akan menjadi sesuatu yang lumrah bertujuan menghapuskan saingan politik atau musuh politik mana mana pihak atau individu?

Tiga kejadian bunuh menggunakan senjata api di Pulau Pinang dalam tempuh 10 hari baru baru ini berkemungkinan juga bermotifkan politik walaupun penyiasatan awal mendapati ianya ada kaitan dengan sendikit penjualan dadah.Kerana memahami rangkaian kumpulan jenayah terancang Cina yang rata rata berpusat di Pulau Pinang dan ditambah dengan DAP yang menguasai negeri itu pastinya kemungkinan ini tidak boleh ditolak begitu sahaja.Apatahlagi sebelum ini pun banyak kejadian tembak yang melibatkan pemimpin poltik berbagai parti….WaAllahu’alam.

P/S : Apapun Alhamdulillah aku amat bersyukur kehadrat Allah swt kerana masih melindungin aku dari segala bahaya yang pernah aku tempuh selama ini.Terima kasih Allah..

Lagi satu..tujuan aku menulis artikel ini bukan mengharap simpati atau mencari publisiti murahan cuma sebagai peringatan kepada sahabat sahabat blogger yang lain agar lebih berhati hati kerana kita tak pasti siapa musuh kita dan bila mereka akan bertindak.

Lain kali kalau kemalangan menimpa aku dan ditakdirkan aku padam…janganlah pula sahabat hanya menganggapnya sebagai kemalangan biasa.Cuba selidiki,mana tau ada unsur unsur khianat.Mungkin kali ini aku terlepas..esuk lusa belum tahu lagi.