Lets do it brothers and sisters…

Sejak keputusan PRU13 diketahui umum banyak keluh kesah yang kita dengar baik dari penyokong Barisan Nasional mahupun penyokong Pakatan Rakyat.Ada yang “merasa kalah dalam kemenangan” dan ada pula yang syok sendiri “merasa menang dalam kekalahan “.Apapun itu hak masing masing untuk merasakan apa saja yang mereka nak rasa untuk mengubati KEKECEWAAN yang mereka rasa terhadap pihak yang mereka sokong yang dilihat tidak memahami suara hati denyut nadi penyokong mereka masing masing.

Berbagai keluh kesah dan ketidakpuasan hati yang disuarakan oleh banyak pihak mengenai tindak tanduk pemimpin dan parti yang mereka sokong membelakangkan aspirasi penyokong masing masing dan kalau aku nak tulis disini senarainya amat panjang,cukup kalau aku rumuskan secara mudah semua ketidakpuasan hati ini dalam beberapa ayat yang mudah difahami…

Penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat merasakan saperti…

diKENCING…diPERBODOH…diPERMAIN…diWAYANG..diSANDIWARA dan banyak lagi di…dan…di oleh pemimpin dan parti masing masing.Satu perasaan kecewa yang membawa kepada perasaan DIKHIANATI oleh pemimpin dan parti yang mereka sokong dan dokong selama ini.Baik dipihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat ianya sama saja bila menyebut pasal KEKECEWAAN ini cuma persfektifnya saja berbeza mengikut sudut pandang dan dalam kumpulan mana mereka berada.

Tapi kekecewaan ini amat jelas dalam Komuniti Pengamal Media Sosial berbagai platform baik penyokong BN mahupun penyokong PR.Sejak keputusan PRU13 diketahui ramai yang dah tak segan silu  menyatakan kekecewaan mereka terhadap parti dan pemimpin baik didalam Blog,Facebook mahupun Tweeter dan ianya lebih menyerlah dipihak pro BN terutamanya yang melibatkan “kedayusan” @NajibRazak yang masih memberi muka kepada bangsa Cina yang dilihat menjadi “duri dalam daging” dalam agenda menjatuhkan sebuah Kerajaan Melayu.Tidak kurang juga penggiat media pro PR yang amat kecewa dengan “pertelingkahan dalaman” yang berlaku dalam parti dan pemimpin yang mereka sokong sehingga “menggagalkan” usaha mereka merampas Putrajaya.

Memetik kata seorang sahabat blogger..“SEMUA TAKBLE PAKEI”

Memahami sentimen yang melanda komuniti ini ketika ini maka dalam pertemuan aku dengan Pak Habib seminggu yang lalu tercetus IDEA untuk membawa para penggiat media yang dah “LUPUT KEYAKINAN” terhadap pihak yang mereka perjuangkan selama ini,untuk bersama dalam satu kumpulan yang “tidak berpihak” demi kelangsungan prinsip perjuangan masing masing DEMI RAKYAT.Adalah satu KERUGIAN BESAR bila ramai diantara penggiat media yang kecewa ini bercadang “menutup kedai” masing masing dan berhenti menulis dan berkarya.

Jadi kepada sahabat sahabat bloggers pro-BN dan pro-PR yang dalam kategori yang disebutkan diatas nantikan pengumuman dari blog ini tentang tarikh bila perjumpaan ini akan diadakan dikediaman Pak Habib di Wadi Hussein Janda Baik setelah semua kami muktamadkan.Datanglah nanti dengan hati dan fikiran terbuka supaya kita sama sama dapat merangka satu gerakan yang meletakan RAKYAT dihadapan dari segala galanya dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah sebagai teras utama gerakan ini,InsyaAllah.

Dibawah beberapa printscreen kekecewaan dari beberapa orang sahabat…
Aku cuma siarkan printscreen sahabat sebelah sana je..yang sebelah sini korang cari sendiri melambak dalam bloglist aku kat sini…