Sejak kebelakangan ini begitu banyak serangan terhadap UMB dan Tun Faisal yang dilakukan oleh banyak pihak,tapi yang menyedihkannya ianya bukan dilakukan oleh pihak siber troopers Pakatan Rakyat yang selama ini “disayurkan” UMB tapi dari pihak dalaman Umno sendiri sama ada secara berseorang atau berkumpulan.Lantas ianya menimbulkan tandatanya mengapa sekarang dan apa motif dibelakang serangan tiba tiba ini?

Semua pihak yang ketika ini ghairah menyerang Tun Faisal dan UMB seolah olah cuba mencetuskan persepsi seolah olah Unit Media Baru yang bernaung dibawah sayap Pemuda Umno adalah SATU SATUNYA media yang bertanggung jawap terhadap semua gerak kerja perang maya untuk Umno dan Barisan Nasional seluruh negara sebelum dan sewaktu berjalannya kempen PRU13.Sedang hakikatnya UMBPPUM hanyalah satu ketumbukan kecil (lebih kecil dari kumpulan fully funded yang lain) penggiat media sosial yang berjaya DIPERKASAKAN oleh kepimpinan Tun Faisal Aziz yang akhirnya menjadi satu KUASA MEDIA YANG DIGERUNI bukan sahaja oleh pihak lawan tetapi DICEMBURUI oleh rakan seperjuangan media pro-kerajaan termasuk Kumpulan Fully Funded ini.Sebab itu tidak menghairankan bilamana tiba tiba UMB menjadi sasaran serangan “mereka” kerana masing masing tengah mencari “placing” untuk diri sendiri dan kumpulan mereka untuk melapah sekali lagi DANA yang diperuntukan oleh Umno mulai sekarang sehinggalah tabir PRU14 tersingkap kembali sapertimana yang telah mereka lakukan sejak 5 tahun sebelum ini.


Walau apa pun tomahan dan fitnah yang dilemparkan banyak pihak,semangat
tubuh kecil Pengerusi UMB ini bukan mudah untuk dipatahkan apatahlagi wujud“Special Squad” yang amat setia yang bersedia untuk berperang dengan siapa saja..
AWAS!!!!!

Keberadaan dan kejayaan UMB yang telah membuktikan keberkesanannya sebelum ini walaupun dengan keahlian yang ramai dan skim latihan yang kerap dijalankan walau dengan DANA YANG TERHAD telah merosakan segala “tipu-daya” kumpulan fully funded ini dan UMB dianggap sebagai PENGACAU yang merosakan “game-plan” mereka untuk membaham DANA sekali lagi.Oleh itu imej UMB dan Pengerusinya Tun Faisal Aziz mesti dicemarkan at all cost agar Pemimpin Umno dapat mereka pengaruhi.Begitulah liciknya permainan kumpulan ini dengan menggunakan macai macai mereka dalam berbagai wajah….

SIAPA MEREKA MEREKA INI DALAM KUMPULAN FULLY FUNDED?

Ini akan aku perjelaskan dalam artikel seterusnya nanti secara terperinci dengan membentangkan “KEJAYAAN?” mereka dan jumlah DANA BESAR yang telah berjaya mereka “gasak” sepanjang 5 tahun memperbodohkan kepimpinan Umno.

Tungguuuuu….