Aku terima maklumat dibawah dari seorang pengirim berstatus Anon.Macam aku selalu kata maklumat maklumat jenis macam ini memang suka singgah kat Inbox aku tanpa diundang.Sama ada maklumat ini sahih atau tidak taklah pulak aku pasti,tapi eluk gak buat pencerahan minda bloggers yang rasa diri mereka dah kena kencing dan nama mereka dijaja oleh pihak yang tidak bertanggung jawap selama ini.
Cuma aku tak setuju bila peranan UMB turut diperkecilkan seolah olah nama nama besar bloggers UMB saperti Dr.Novandri,Media Permatang Pauh,KedahkeKL,Mymassa,Pisau dan lain lain dikatakan bukan bloggers yang mengugguli carta terbaik sebelum dan sepanjang kempen PRU13.Memang ada bloggers jalanan yang menyelit dicelah celah Top 20 Bloggers Pro-BN,tapi rata ratanya adalah BLOGGERS NAUNGAN UMB.
Apa pun mesej dibawah ini aku rasa merujuk kepada perjumpaan PM dengan penggiat Media Sosial yang diadakan di Seri Perdana baru baru ini(gambar atas).Apa yang menarik adalah 3 nama yang dikatakan bakal membelasah segala DANA dengan menjual nama nama bloggers untuk kepentingan diri mereka.
BAKAL KAHWIN LAGI DAN BINA RUMAH BUNGLOW HARGA SEJUTA SIAP SWIMMING POOL?
Siapa haa?
ADA YANG DAH ORDER LAMBORGINI?
Siapa pulak?
Nanti alun alun kita kasi selak…..



Bro, aku pegi tea dgn PM semalam. Malu aku tengok PM ditipu hidup2 oleh pegawainya sendiri. A**** menipu PM apabila menyatakan dari 10 isu hot semasa PRU, 8 adalah dikuasai BN. Blog BN menguasai carta ranking kalahkan opposition. Kuasai isu? Mana pernah kita kuasai isu? Kita follow isu adalah. Kita tak pernah cipta isu dan sering ketinggalan kesemuanya. Pakatan dah beralih isu, kita masih main isu yang sama. Blog yg kuasai ranking bukan UMB atau bawah A**** tapi blogger jalanan usaha sendirian. Beruang Biru dan ODRR selalunya ketinggalan dua atau tiga hari. Tapi A**** kata pada PM bahawa Beruang Biru dan ORRT (Online Rapid Response Team) sbg medium sebar input yg amat berjaya. Kata A**** lagi, segala kegagalan BN adalah disebabkan oleh Red Bean Army. Kalau 8 dari 10 isu blog BN kuasai mcm mana boleh kalah dgn Red Bean. Nampak sangat menipu. PM kata akan bantu penggiat sosial media UMNO, jika ada apa2 keperluan maklumkan A****. Kesian blogger. Bakal banyak akan dikebas elaun mereka oleh A****, J***** dan J****. Dahlah sepatutnya ada antara mereka boleh dapat maksimum hingga RM5 ribu sebulan tapi dapat RM500 sebulan saja. Next PRU A**** bakal kahwin lagi dan bina satu lagi banglo RM1 juta yg ada swimming pool di dalam.