Dipetik dari buku Sejarah Perjuangan Umno tulisan Ibrahim Mahmood

Pertikaian Guru-Guru Melayu -Umno

Didalam UMNO sedang didalam perjuangan hendak menghapuskan penyakit bangsa,peninggalan penjajah itu.sepekara yang tidak diduga telah timbul iaitu satu pertikaian yang hebat telah berlaku diantara guru guru sekolah Melayu dengan UMNO.Sungguhpun pertikaian itu tidak seharusnya berlaku demikian memandangkan sebabnya yang tertentu itu.

Seperkara yang diakui guru guru Melayu disekolah Melayu itu sebahagian besarnya adalah ahli ahli UMNO.Mereka boleh dikatakan penyokong UMNO yang kuat dan penuh semangat kebangsaan.Bagaimanapun mereka itu ada mempunyai Pertubuhannya sendiri ditiap tiap negeri di Tanah Melayu daripada masa sebelum Merdeka lagi dan Pertubuhan Pertubuhan itu digabungkan kepada sebuah Pertubuhan agung yang dinamakan “Kesatuan Persekutuan Guru Guru Melayu Semenanjung (KPGMS)”,yang tidak berdasarkan politik.

Pertikaian antara Guru Guru Melayu dengan UMNO itu telah berlaku atas soal sekolah menengah Bahasa Melayu.

Akan diingat,Perhimpunan Agung UMNO  Malaya didalam Persidangan pada 29 dan 30 Januari 1957 telah mengambil ketetapan demikian :

“Bahawa Perhimpunan Agung yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan iaitu bersetuju mendesak Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu,supaya mengadakan Sekolah Menengah yang bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu selambat lambatnya dalam tahun 1958”

Berhubung dengan ketetapan ini,Jawatan Kuasa Pelajaran UMNO Malaya telah mengadakan mensyuaratnya yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir Ismail pada 14 Januari 1958.Diantara beberapa orang Ahli Jawatankuasa itu yang telah hadhir ialah Cikgu Mohammad Noor Ahmad (Pulau Pinang),seorang orang kuat UMNO dan juga Yang DiPertua KPGMS.

Jawatankuasa ini telah mengambil keputusan antara lain :

1) Bersetuju darjah S.M.C.(Special Malay Class) dibatalkan mulai daripada tahun 1959.

2) Bersertuju membanyakkan lagi bilangan murid daripada sekolah umum masuk ke Remove Class.

3) Darjah lanjutan hendaklah dijalankan terus tetapi pembayarannya hendaklah diturunkan tidak lebih    
     daripada lima ringgit.

4) Bangunan sekolah menengah memadailah dengan sederhana sahaja supaya tidak tergendala kehendak
     perenggan 97 dan 98 didalam Penyata Razak itu.

5) Adakan pelajaran dengan jalan pos dikawasan yang didalamnya tidak cukup murid untuk dibuka satu
     sekolah.
a
6) Adakan sekolah menengah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya sebagai
    yang diputuskan oleh Persidangan Agung Umno Malaya didalam tahun 1958 ini.

Berkenaan dengan pembukaan sekolah menengah Bahasa Melayu itu keputusan keputusan  telah diambil iaitu:

1) Adakan darjah menengah yang tersebut sebanyak sebelas buah iaitu sebuah bagi tiap tiap negeri yang
    mengandungi dua darjah sebagai langkah permulaaan.

2) Persediaan kerana pembukaan darjah menengah ini hendaklah dijalankan mulai daripada bulan
    Febuari 1958 ini.

3) Guru guru yang akan mengajar darjah itu terpulanglah kepada Menteri sendiri menentukan.

BERSAMBUNG…..

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/sejarah-pertikaian-guru-guru-dengan.html -Bahagian 1