Ini kisah Mantan Menteri KBS yang kini menjadi Menteri Komunikasi & Multi Media.Shabery Chik ini tidaklah teruk sangat jika nak dibandingkan dengan ramai lagi “Menteri Poyo” yang ada dalam Kabinet @NajibRazak hari ini.Pengalaman peribadi aku berinteraksi dengan beliau sewaktu Himpunan Sejuta Belia 2012 menampakan kesungguhan dan komitment beliau terhadap matlamat KBS waktu itu.Sehinggakan walau dah berpindah kementerian beliau tetap concern dengan perjalanan Festival Belia Putrajaya 2013 baru baru ini.

Tapi sayang sekali “imej” beliau sejak berpindah ke KKMM “dipoyokan” oleh team siber yang dipertanggung jawapkan mengendalikan interaksi beliau dengan rakyat melalui platform media sosial Facebook dan Tweeter.Tak pasal pasal hari ini beliau dikenali sebagai “MENTERI GILA LIKES” hasil gerak kerja team siber beliau yang dikatakan seramai 4 ribu orang yang berpusat di Kemaman Terengganu dan aku difahamkan “team” ini diketuai oleh seorang individu bernama K.Poyo maksima bila pertanyaan “Mari kita lihat ada berapa banyak likes untuk status FB saya malam ini” ditulis oleh admin page beliau…

Itu belum mengambilkira “soalan soalan poyo” kebudak budakan yang kerap keluar distatus beliau.Tapi yang paling takble blah bila beliau “menjawap”(aku rasa bukan dia yang jawap) isu mengenai waktu tayangan filem dipanggung yang dilakukan diwaktu Maghrib.Jawapan yang diberi memang tahap HANCUS dan memalukan sekali dan tidak patut datang dari seorang menteri dan bila ianya menjadi polimik ramai pulak facebooker yang kena block,delete dan digantung akaun mereka hasil report spam yang datang dari Tentera Siber Kemaman.Tak cukup dengan itu Sabery “digambarkan” cukup berbangga dapat menutup kononnya  250 “akaun fake” (imej bawah) sedangkan diantara akaun yang berjaya dibanned adalah akaun Amenoworld yang aku pasti bukan “fake”.Baca sini Kena Block Di Facebook Angkara Shabery Cheek – UPDATED!

Jadi timbul persoalah “Adakah team siber kepercayaan Shabery Chik ini sengaja mensabotaj beliau..?”

Jika tidak,”Apakah dalam keghairahan mereka nak mempromosi boss mereka secara berlebihan ianya telah merosakan imej beliau tanpa mereka sedari..?”

Kalau jawapannya adalah yang KEDUA..maka betul lah saperti selalu diungkap ramai…

THIS IS WHAT HAPPENED WHEN YOU ASKED BOYS TO DO A MEN’S JOB

Lagi printscreen poyo yang mempaparkan soalan poyo…

Berapa handphone lu orang ada?
Namanya pun International School bukannya Kampung School…
Tak poyo ke ini..?