Lain kali SPR pakai je menatang kat atas ini.Jimat belanja dan boleh kekal
10 hari tak hilang.Kalau aku kata korang semua mangkuk nanti korang marah!
Kenyataan kat bawah si Poyo ni kata…

Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

“Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

“Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Poyo sorang lagi ini kata macam kat bawah…

“Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi.” dipetik dari SINI

P/S : Inilah akibatnya bila Najib melantik spesis POYO kedalam Kitchen Cabinet beliau.Dapatlah jawapan dan penerangan kelas POYO.