Sejak sebelum dan selepas Dato Azeez Rahim dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji tidak henti henti beliau dicerca oleh manusia yang tidak senang melihat beliau diangkat dan diletak disitu.Ruang siber digunakan sepenuhnya oleh mereka mereka ini untuk memperlekeh dan memperkecilkan keupayaan Dato Azeez memacu Tabung Haji yang diamanahkan kepada beliau.Bukan penggiat media spesis cicak mengkarung sahaja yang tak berhenti mengkrikitik Azeez bahkan penggiat media dari golongan “bangsawan dan elit” pun cuba mencengkamkan kuku mereka dalam isu perlantikan Dato Azeez ini kononnya merekalah yang paling hebat sebagai “the corporate writers” alam maya.

Ditohmahkan kononnya Azeez bakal “menyamun” di Tabung Haji.Apa yang nak disamun dan boleh kah Azeez menyamun?Aku nak tanya korang faham ke haraki didalam set-up Tabung Haji ini?Kalau tak faham apakata korang belajar tentang siapa yang benar benar berkuasa dalam Tabung Haji dan bagaimana KUASA itu tidak mudah disalahguna agar yang diberi amanah dan tanggung jawap tidak sampai ketahap menjadi PENYAMUN TABUNG HAJI kerana ini duit umat Islam yang diamanahkan untuk dijaga dan dilabur dengan betul bertujuan bagi menjalankan Ibadah Haji yang merupakan salah satu dari Rukun Islam kita yang lima.Ada faham????

Setahu aku orang yang senantiasa memikirkan orang lain (orang baik) sebagai penyamun adalah mereka yang memang PENYAMUN atau diupah oleh PENYAMUN untuk menuduh orang baik sebagai PENYAMUN.Period !

Satu lagi apalah salahnya Pemimpin Spesis Pisang (pinjam terma Armand) saperti Azeez diangkat ketahap tinggi?Apakah kita hanya akan terima Pemimpin Spesis Oren dan Epal (anak bangsawan..anak menteri..anak billionaire dan millionaire dan ntah apa lagi tok nenek penyamun koporat) sahaja sebagai yang HALAL menjawat apa jua jawatan tertinggi Parti,GLC atau Kerajaaan?Apa kalau ada Anak Pokok Pisang dari Ceruk Tok Kun macam Azeez Rahim ini dilantik kita tentang dan bantah tak hingat hingat?

Apakah  Azeez Rahim ini lebih teruk dari Datuk Khairun Aseh SUPOL PM yang datang dari lubang tandas ntah mana,tiba tiba boleh duduk sebelah PM dengan hanya menggunakan DADDYKABEL?

Jasa dan bakti Khairun Aseh ini terhadap parti dan bangsa kalau nak diperkatakan…adusss.

TUALA PELEKAT WANITA PUN LEBIH BERJASA RASANYA..

Korang layan pulak cetusan rasa Armand Azha “Panglima Ludah” kat SINI