Perlantikan Sahlan – Najib buktikan semangat setiakawan.Tahniah

TAHNIAH PM Najib atas perlantikan Shahlan Nasution sebagai Pengarah Strategik Jabatan Perdana Menteri dan tahniah juga diatas sebarang keputusan yang PM Najib lakukan yang mungkin bagi PM Najib segalanya betul dan benar belaka dengan langsung tidak mengambil peduli dengan segala kritikan,pandangan dan lebih memilih pandangan serta nasihat daripada Penasihat-Penasihat beliau yang selama ini mengelilingi belau hingga beliau berjaya memperolehi 133 kerusi dalam PRU13 lalu.

Kita diluar ini harus menerima dengan berlapang dada bahawa jelaslah tidak ada kuasa atau apa sahaja yang boleh memisahkan PM Najib dengan rakan-rakan beliau kecuali mati dan PM Najib membuktikan bahawa beliau mendokong semangat setiakawan yang cukup tebal walaupun diluar sini sudah mula bercerita segala keputusan yang PM Najib lakukan tidak mencermin kehendak akar umbi ataupun dengan kata mudah slogan ‘dengar denyut nadi rakyat’ hanyalah retorik semata-mata.

Dengan perlantikan Shalan sebagai Pengarah Strategik dan mungkin terus mengekalkan Raja Arif sebagai Ketua Pengarah Biro Tata Negara,usaha sedang dibuat dan sudah pun dilaksanakan untuk membina persepsi yang baik-baik terhadap dua makhluk yang Allah ciptakan ini bahawa kegagalan PM Najib meraih dua pertiga dalam PRU13 lalu bukan salah mereka kononnya itu semua adalah Tsunami Cina.Antara persepsi yang sedang dibina ketika ini kononnya Shahlan bertanding di Pokok Sena adalah atas arahan PM Najib dan beliau sebenarnya tidak mahu bertanding dan untuk menutup kesilapan serta kegagalan,PRK Besut dijadikan medan untuk tunjukkan pada PM Najib bahawa mereka mampu menang.

Tidak mengapa kerana sebagai orang yang memegang kuasa walaupun tidak tahu menggunakan kuasa yang ada,jangan sesekali dibantah kerana Negara ini bukan milik rakyat tetapi milik pencacai yang pandai menjilat serta mengampu.Pedulikanlah segala resah rakyat,persetankanlah segala pandangan serta kritikan rakyat yang mahu PM Najib belajar daripada segala kekhilafan masa lalu bagi membentuk kepimpinan masa depan.Apa yang penting pada PM Najib ketika ini adalah memastikan semua kawan-kawan beliau tidak tercicir untuk menerima sebarang nikmat selagi beliau Perdana Menteri dan bertaraf JUSA A, Shahlan antara yang sedang menikmat nikmat hasil ehsan rakan baiknya.

Mereka dua beradik…

Ramai yang bertanya,apa istimewa sangat Shalan ini dimata Najib? Ada yang mengibaratkan hubungan Najib dengan Shahlan umpama Laila Dan Majnun,tebal kasih bagai Uda Dan Dara dan bagaikan Mumtaz dengan Shah Jahan.Apa hubungan sebenar antara mereka berdua ini hingga PM Najib dikatakan menjadi Pak Turut kepada segala kehendak serta tuntutan Shalan?Perjanjian apa yang sebenarnya ada di antara mereka berdua ini sedangkan orang lain boleh dihukum sebagaimana terhukumnya Nasir Safar,Fatmi Che Salleh,Shafie Abdullah tetapi untuk Shahlan,kalah bertanding pilihanraya pun tetap diberikan jawatan serta gaji yang cukup besar.

Pun ramai yang tersentak bagaimana seorang yang kalah dalam PRU13 boleh diangkat menjadi seseorang yang strategik?Kalau mengurus diri sendiri pun gagal,bagaimana mahu mengurus lanskap strategic seorang Perdana Menteri ataupun kerajaan malahan UMNO atau Barisan Nasional itu sendiri?

Ada yang mengumpamakan hubungan PM Najib dengan Shahlan sebagaimana erat dan intimnya hubungan Anwar dengan Azmin dan bersyukurlah kita tidak dengar lagi sehingga ke hari ini ada skandal antara mereka berdua sebagaimana dikatakan skandal Anwar dengan Azmin dan kita amat berharap serta mohon selisih malaikat 44 bahawa mereka berdua ini tidak ada yang buruk-buruk antara mereka.

Untuk PRK Kuala Besut,Shahlan dikatakan bergabung dengan Raja Arif dan juga Ahmad Fairuz dan nama calon BN untuk kerusi N01 itu sudah pun berada ditangan Sahlan dan mungkin itu antara proses awal selain daripada Pengarah Strategik adalah mengintai jawatan Setiausaha Agung UMNO dan dua nama daripada setiap IPTA sudah dilantik untuk menjadi Cyebr Trooper di bawah Sahlan malah Shalan juga dikatakan telah berbincang dengan Idris Jusuh barisan kepimpinan NC di peringat semua university dan Ahmad fairus sudah mula bergerak di seluruh IPTA.Hebatkan Shahlan?

Betul hak PM Najib untuk memilih sesiapa sahaja dan tidak ada sesiapa yang oleh dakwa dakwi keputusan seorang Perdana Menteri yang diakui bijak oleh semua kepimpinan UMNO tetapi sebagai Perdana Menteri,PM Najib jangan terlalu syok sendiri,jangan terbuai dengan ampu sana ampu sini hingga terlepas pandang dengan segala agenda jahat asing yang menggunakan orang dalam bagi menjahanamkan Negara ini dan sebagai rakyat yang berketuakan Perdana Menteri seperti PM Najib ini,keluh kesah dan pandangan rakyat dibawah jangan dibakulsampah ataupun dipersetankan begitu sahaja.

Andai PM Najib merasakan kawan-kawan beliau lebih penting daripada mendengar suara rakyat di bawah ini,silakanlah!Binalah Negara dan kepimpinannya dengan menelan segalanya hingga gagal membezakan yang mana racun,yang mana penawar dan dalam saat UMNO sedang diserang hari ini,kepimpinan masih memeluk tubuh.

p/s- ada lagi nak tulis tapi biarlah dulu..kita sambung kemudian…