Lepas PRU13 haritu aku ada bertanya kepada kepimpinan tertinggi Umno apa yang bakal terjadi dengan tentera tentera siber mereka yang berkhidmat untuk PRU13 sejak berberapa tahun sebelum 5Mei.Adakah mereka akan dikekalkan dalam kem masing masing atau disuruh keluar kem dan hanya akan dipanggil balik pada tahun 2017 atau 2018 bila dah dekat PRU14?Apakah selama khidmat mereka tidak diperlukan lagi ini mereka boleh MENCARI MAKAN dengan menjadi Tentera Siber Pakatan Rakyat untuk beberapa ketika sehingga Umno memanggil mereka balik?

Kenapa aku ajukan SOALAN BODOH macam tu kepada kepimpinan tertinggi Umno?

Sebab aku tahu kebanyakan Panglima Besar Umno memang BODOH jadi aku tak boleh tanya mereka soalan yang CERDIK kerana takut CPU mereka tidak akan mampu memproses untuk memberikan jawapan yang cerdik.Sejak soalan itu aku lontar tiada jawapan yang aku perolehi dan aku pun dah mengagak tidak ada Pemimpin Umno yang akan menjawapnya.Pun begitu,feeedback yang aku dapat dari teman teman bloggers berbagai kumpulan atau yang bergerak secara individu agak sama dan merumuskan bahwa KAMI semua sudah diTONGSAMPAHkan oleh Umno/BN sebaik selesai PRU13 dan tidak diperlukan lagi,kecuali…spesis bloggers pandai jilat jilat dan ampu ampu punggung pemimpin.

Sahabat blogger 1 Peluru sudah memulakan kempen untuk mengajar Pemimpin Pemimpin Umno yang terlebih cerdik ini dengan MEMBOIKOT PRK Kuala Besut dan aku kira kita semua patut meyokongnya kerana ianya semuanya berkaitan dengan KITA dan LAYANAN Umno terhadap sumbangan kita selama ini.Perjuangan???

PERJUANGAN LANTOI !!!

Baca juga blogger Ganu Dinturtle mengulas isu yang sama