You scratch my back,i’ll scratch her back for approval..

Dalam Umno tiada yang PELIK BIN AJAIB yang tidak boleh dilakukan asalkan korang pandai angguk angguk macam burung terkukur dan geleng geleng macam labi labi bagi tuan tanah gedaung happy.Kalau menang pilihanraya tapi tak diberikan jawatan dalam Kabinet jangan risau…ada banyak jawatan dalam GLC yang menanti dan ada sesetengah jawatan BERTARAF MENTERI.Betul lah kata Tun Mahathir..Umno ini busuknya dah sampai kepangkal usus besar.Tenguk saja lantikan diluar kabinet yang telah dilakukan untuk membalas jasa jadi tukang angguk dan tukang geleng kepala..

Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan.Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.


Pengerusi SPNB
Pengerusi Tabung Haji
Pengerusi UIA dan Penasihat bertaraf Menteri
Pengerusi MARA
Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.
Tak cukup lagi maka lantik dua lagi Ahli Parlimen UMNO menerajui GLC.. Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur.
Pengerusi Telekom Malaysia
Pengerusi Menara Kuala Lumpur
Senarainya belum terhenti setakat ini sahaja,kerana ada masa 5 tahun lagi untuk meletakan segala tok nenek kroni,sahabat dan segala tok nenek inner circle @NajibRazak dilubuk lubuk dimana semua boleh bermandi dengan DUIT.Itulah sebabnya dalam Umno…“Yang menang dah tentulah rasa macam PEMENANG,tapi yang KALAH juga akan merasa macam PEMENANG”.Korang hanya akan merasa macam KALAH kalau korang kaki bangkang,kritikal dan tak tahu mengampu dan membodek…itu  budaya Umno.