Semalam aku ada siarkan email dari seorang kepimpinan Wanita Bahagian Besut DISINI tentang kehilangan (baca BOIKOT) oleh Ketua Wanita Umno Malaysia Sharizat Jalil terhadap PRK Kuala Besut dengan bersenang lenang bercuti di London dan menyambung melakukan ibadah Umrah disaat orang lain berhempas pulas dimedan pertempuran PRK.Kononnya gara gara Wanita Umno Malaysia memprotes terhadap layanan yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam perlantikan wanita kedalam Kabinet beliau baru baru ini.

Menurut sipengirim email Sharizat Jalil telah memperalatkan/mempergunakan nama keseluruhan Wanita Umno Malaysia dalam PROTEST/BOIKOT ini sedang hakikatnya ianya hanyalah ketidakpuasan hati Sharizat secara PERIBADI sebab tidak dilantik Perdana Menteri sebagai menteri.Kalau dalam bahasa mudah orang kampung…Sharizat sedang menggunakan kaedah UGUTAN terhadap Perdana Menteri.

Semasa menyiarkan email yang dihantar pada aku semalam aku tak bolehlah nak komen banyak sebab aku pun tak pasti sama ada ianya FAKTA atau sekadar tomahan terhadap Sharizat Jalil memandangkan musim pemilihan sudah terlalu hampir maka macam macam cerita akan kita dengar.Tapi mulai pagi tadi 15 bloggers dari team Unit Media Baru PPUM dibawah seliaan Tun Faisal mula berkampung di Kuala Besut sehingga hari pengundian,maka mudah untuk aku varify apa juga maklumat yang datang dari sana.

MAKA SAH LAH SHARIZAT MEMANG TIADA SEJAK HARI DUN KUALA BESUT KOSONG.

Memang sah sosek sosek tentang Sharizat Jalil BOIKOT PRK Kuala Besut bukan omongan kosong dan sedang diperkatakan banyak pihak terutamanya Jentera Wanita Besut.Sebab itulah juga jentera Wanita Besut kelihatan lesu pagi tadi diwaktu Penamaan Calun kerana ketiadaan panduan dan arahan dari Ketua Wanita Umno Malaysia yang sedang bercuti di London.

Olehitu khidmat Datuk Azalina Othman Said yang diwawarkan bakal mencabar Sharizat dalam pemilihan tak lama lagi amat amat diperlukan bagi membantu dan menggerakan Jentera Wanita Besut yang DITINGGALKAN Sharizat demi agenda peribadi beliau.Semoga dengan kehadhiran Azalina maka jentera Wanita Besut akan kembali bernyawa dan bersemangat untuk menjayakan PRK Kuala Besut.

Pasal Sharizat Jalil nanti kita buat perkiraan selepas kerusi N01 Kuala Besut kita pertahankan.