JIKA INI BERLAKU AKAN MEMPARAHKAN LAGI KEPIMPINAN NAJIB

Alvin Tan dan Vivien Lee
 Sekaligus keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Murtazadi Amran tidak membenarkan jamin ke atas pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee atas tiga tudunan mempersendakan umat Islam dan Ramadhan dalam Facebboknya telah menghantar mesej kepada rakyat, bahawa kerajaan mahu bertegas dalam perkara yang menggugat keharmonian hidup rakyat.

Soalnya, apakah keyakinan yang cuba diberikan kepada rakyat ini akan dilunturkan pula dengan pihak Peguam Negara kelak tunduk kepada bantahan NGO, parti politik, peguam dan sebagainya yang menganggap tindakan menghantar terus ke penjara sebagai sudah menjatuhkan hukum dan mereka akan dibenarkan jamin di bawah tekanan ini.

Jika ini berlaku implikasinya sangat buruk kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang sedang parah dengan kemerosotan keyakinan rakyat khususnya bumiputera dan Islam selepas Pilihan Raya Ke 13 setelah mereka menyaksikan timbulnya berbagai-bagai isu negatif satu demi satu akibat dari penghapusan ISA dan EO yang menyebabkan merebaknya jenayah keganasan.

Orang ramai juga bercakap tentang sikap Peguam Negara, Abdul Gani Patail tidak gemar terlibat dalam kes kontroversi yang melibatkan reaksi politik dan agama hakim-hakim dikatakan telah memahami sikapnya.

Keraguan timbul apakah Peguam Negara akan tetap tegas dalam keputusan mahkamah tidak membenarkan Alvin dan Vivian dijamin jika merebak bantahan.

Rakyat telah menyaksikan banyak kes jenayah dan juga politik yang dimenangi oleh pihak penjenayah dan juga kes yang memihak kepada pembangkang.

Serentak dengan penyiaran berita mengenai Alvin dan Vivian dihantar ke penjara, The Star telahpun menjuarai reaksi bantahan oleh beberapa NGO yang mempersoalkan mengapa tindakan yang sama tidak diambil terhadap Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin dari PERKASA kerana rencana dan kenyataan mereka didakwa tidak sensitif terhadap Hindu dan Krisitian.

Ini adalah merupakan dakwaan secara umum yang jika mahu diambil kira seumpamanya banyak tersiar dalam akhbar berbahasa Cina dan Tamil. Maka itu mereka juga akan terpaksa didakwa di mahkamah.

Hal ini jauh bezanya dengan provokasi paling biadap terhadap umat Islam yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian dengan mengunakan babi yang kotor untuk mencemarkan kesucian Ramadan. Percikan bahayanya kepada keselamatan negara telah jelas apabila bukan Islam yang juga disyaki mengikuti langkah Alvin dan Vivian telah dicolek.

Harap KDN telah nampak The Star mulai memainkan peranan mengapi-apikan perkara ini? Lihatlah on linenya.

The Star harus sedar Islam tidak pernah diperhinakan sampai ke taraf ini sebelum ini. Janganlah kesempatan diambil ketika Ketua Pengarang Datuk Wong Chun Wai bercuti.