Aku ingat setelah Azwandin Hamzah dan juak juaknya aku malukan semasa ucapan penangguhan Mesyuarat Perwakilan Bahagian tempuhari dia dah sedar dan insaf,rupa rupanya tidak.Juak juaknya masih lagi menjaja ‘cerita dongeng’ tentang apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu.Walaupun bukan dari mulut dia sendiri tapi sama jugalah kerana pastinya dalam pengetahuan dia.


Walaupun aku yang membantai dan membongkar pembohongan Azwandin selama ini dalam ucapan penggolonganku,tapi aku juga yang menghulur tangan dan memeluk tubuhnya tanda perdamaian dan siratulrahim iklas dari aku dan lain lain sambil mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan malam itu.


Keluar saja dewan aku dah melupakan episod lalu tentang hubungan buruk kami dengan makhluk yang bernama Azwandin Hamzah ini.Aku ingin bersangka baik yang dia dan juak juaknya juga berperasaan yang sama.Selama 3 hari apa yang berlaku di dewan persidangan malam itu aku tinggalkan di dewan dan tidak dibawa keluar.Aku ingin mengotakan seruanku diakhir ucapan agar kami semua BERSATU.


Tapi ternyata sangkaan aku meleset,Azwandin tetap Azwandin sapertimana idola pujaan nya Anwar Ibrahim yang memang tidak ada maruah dan rasa malu terhadap perbuatan nya.Sejak 3 hari lalu bermacam macam cerita yang aku dengar dijaja oleh juak juak Azwan tentang apa yang sebenarnya berlaku malam itu didalam sidang perwakilan.


Dongeng yang dijaja berpusing 360 darjah,seolah olah dialah ‘Hero Pujaan Malaya’ yang menjadi sanjungan malam itu.Walaupun pada hakikatnya maruahnya dah habis jatuh ke lantai malam itu.Habis semua orang menjadi bahan penghinaan nya kecuali yang terdiri dari juak juak penyokongnya.Akulah yang paling hebat menerima cercaan hanya kerana aku sanggup menghulur tangan memeluk erat tubuhnya demi menyatukan kami semua.Tindakan aku itu dibuatnya lawak sebagai tanda aku bersalah dan menyerah kalah.


Azwan…Azwan…kau masih sengal rupanya untuk menerima realiti siapa kau kini dimata kebanyakan perwakilan Bahagian.Kau masih ingat diri kau disanjung selepas lakonan bodoh kau terbongkar malam itu.Kesian aku tenguk kau Azwan..dan lebih kesian aku melihat pengikut pengikut kau yang bebal menyokong kau selama ini.Apa yang berlaku kepada penyokong tegar Anwar kini berlaku dalam skala yang lebih kecil kepada penyokong penyokong kau kini.


Jadi rasanya cukuplah peluang yang aku dah beri kepada kau selama ini.Kalau dah beriya sangat kau nak menjual,rasanya tak manis kalau aku tak membeli.Mulai sekarang aku isytiharkan perang habis habisan dengan makhluk yang bernama Azwandin Hamzah dan siapa juga yang bersetongkol dengan nya.Kita lihat hidung siapa yang akhirnya tersembam menyembah bumi.


Kepada Dato Ismail Kijo,Abang Aziz,kepimpinan AJK Bahagian serta para perwakilan yang mendengar ikrar aku malam itu aku mohon maaf terpaksa melanggarnya demi menegakan kebenaran.Manusia durjana ini harus ditelanjangi habis habisan,parasit perosak bangsa bertopengkan Umno.


Dalam masa terdekat aku akan dedahkan satu ‘dokumen sulit’ mengenai siapa sebenar Azwandin Hamzah ini untuk tatapan anda semua.Dokumen bertaraf “class A document” yang akan menelanjangkan dia dari baju Umno yang dipakainya itu.


Sementara itu layan dulu dua artikel pendedahan dari The Flying Kick mengenai dia yang keluar sebelum persidangan tempuhari tapi sengaja tidak aku gembar gemburkan kerana ingin memberi dia peluang berubah.Anda nilai sendiri selepas membaca dan bakal ada lagi pendedahan secara detail dari The Flying Kick dan beberapa Top 20 bloggers mengenai makhluk yang bernama Azwandin Hamzah ini.Mungkin aku kau boleh tuduh berhasad dengki tapi blogger blogger Top 20 yang tiada kena mengena dengan aku kau nak sangkal apa.Mereka cuma ingin dedahkan Trojan Horse,China Doll dan Chikaro dalam Umno selama ini dan kau salah seorang darinya.Layan 2 artikel dibawah…


AZWANDIN BERGURU DENGAN MAT SABU

AZWANDIN NI KUAT KENCING RUPANYA