SAMBUNGAN DARI… Bahagian 2 DiSini,Bahagian 1DiSini


Aku dan pasukanku berjaya meyakinkan setiap Ketua Perhubungan Negeri Umno yang untuk PRU11 kali ini yang semua keperluan mereka untuk menghadapi Pilihanraya kali ini ditaja oleh sebuah syarikat swasta dari A to Z.Menyedari kerakusan dan ketamakan mereka bila bercakap bab duit peruntukan dari parti mereka,aku menyarankan agar apa jua ‘peruntukan’ yang mereka perolehi di kekahkan sesama mereka dan ketua ketua bahagian.


Mula mula mereka agak ragu dan kurang yakin,tapi setelah wakil wakil mereka datang melihat sendiri proses percetakan ‘poster BN’ yang dijalankan oleh kami disalah sebuah kilang percetakan di Kelang mereka terpesona.Manakan tidak?


Dah besor jawatan sekarang ni..
Dah dekat macam Sultan..


Bayangkanlah kilang ini saja panjangnya 3 ekar dengan hampir 500 mesin cetak yang beroperasi 24jam mencetak ‘poster BN’ masa itu dan itu baru hanya satu kilang dari 10 yang ada.Itu belum lagi dikira kilang para pembekal/kontraktor yang membekal premium item dari sekecil kecil collar pin sehingga sebesar besar khemah yang berlambang Barisan Nasional baik didalam atau luar negara.

Kilang air mineral pula bersepah hampir disetiap negeri.Kalau dibuka semua botol air mineral yang ada dan dibuang boleh banjir Kuala Lumpur.Semua ini membuat wakil wakil ini terpesona dan akhirnya mempersonakan boss boss mereka Ketua Ketua Perhubungan negeri masing masing kecuali seekor ‘anak toyol’ pendek suntik botox dari sebuah negeri ini.Dia ini bukan tak yakin tapi dia sendiri pun dikhabarkan ada membuat projek yang serupa di China ditambah pula dia ni suka penyapu ajaib.Ha ha lantaklah mike lah toyol ooi..


Tu tanda apa Ku? 2juta ke 20juta..atau 200juta
atau nak khatan sekali lagi?


Buat pengetahuan anda semua,operasi aku bukan hanya tertumpu di Semenanjung bahkan meliputi Sabah dan Sarawak yang terpaksa aku cover menggunakan helikopter bagi sesetengah tempat yang logistiknya agak sukar untuk sampai melalui jalan darat.Perbezaan infra yang amat ketara memaksa sebahagian produk terpaksa dibuat disemenanjung sebelum dihantar dengan kapal kargo atau kapalterbang.


Semua ‘Plan B’ yang aku lakukan diatas hanya untuk mendepani permainan Datuk Hasan yang terus terusan bermain wayang tentang maksud sebenar Elegant Advisory Sdn Bhd ditubuhkan.Bila PRU11 semakin hampir talipun pejabat aku tidak berhenti berdering bila kebanyakan Perhubungan Negeri mula gabra dan mahukan kepastian yang segala keperluan mereka akan tiba dalam waktu yang ditetapkan.Apa tidaknya,duit peruntukan dari Ibupejabat dah dibelasah sedang persediaan terpaksa bergantung dengan syarikat aku semata mata.Jawapan aku amat pendek….Dont Worry.Padan muka korang,nasib baik aku ini bukan kaki kencing….

Sebulan sebelum Parlimen dibubarkan aku mula mengarahkan penghantaran barangan barangan keperluan Pilihanraya keseluruh negara.Selepas beberapa hari berjalan Datuk Hasan masuk kepejabat dengan marah marah.Puncanya konon kerana aku dah mula membuat penghantaran sedangkan pembayaran dari Umno masih belum diperolehi(konon nya).“Wayang apa pula si Pendek ini nak main?”kataku dalam hati.Tapi aku berjaya pasak dalam kepala otak dia yang kami tak punya banyak waktu sedangkan Parlimen akan dibubarkan bila bila masa.Apa yang nak dibuat dengan barangan yang bernilai ratusan juta ini kalau tidak dihantar waktu itu?Bila dia dah terperangkap dengan permainan nya sendiri,terpaksalah dia akur.Ha ha ha..dia ingat dia bijak,kuli angkat beras lagi bijak…


Boleh senyum lagi lepas ANIAYA orang kira oklah tu..

Maka bermulalah penghantaran secara besar besaran 24jam sehari selama 2 minggu tanpa henti macam bala tentera yang keluar dari kem pergi berperang.Ini tambah sukar di Sabah dan Sarawak kerana logistiknya yang berbeza dari Semenanjung.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua penghantaran selesai seminggu sebelum Parlimen dibubarkan oleh Memanda Menteri baru Dolah Haramjadah.


Maka berpestalah Parti Barisan Nasional dengan segala macam barangan percuma yang melambak lambak yang boleh digunakan hingga PRU12 kerana terlalu banyaknya kuantiti yang dibuat.Maka tersenyumlah pemimpin pemimpin Umno seluruh negara kerana kali ini peruntukan Pilihanraya dapat di poketkan mereka kecuali ‘anak toyol’ sebuah negeri tadi.He he he…pandan muka kau!


Bersambung….