SAMBUNGAN DARI BAH:3

May 2004..dah sebulan Pilihanraya berlalu tapi bayang duit pun aku tak nampak lagi.Datuk Hasan mula bersilat bila aku acukan soalan pasal pembayaran.Dolah Pukimak pula tengah mabuk seronok kerana menang besar(landslide victory) main lepas tangan pasal hal ini.Bila ada orang yang jumpa dia bagi pihak syarikat bertanya pasal hal ini dia jawap,“Saya dah bayar jadi nak bayar apa lagi?”,jawapnya.


Dah bayar..?????

Bila pulak mangkuk ayun ini membayar,sedangkan aku belum pernah terima satu sen pun selama ini.Fikir punya fikir kepala aku jadi sakit.Tak sakit macamana bila Umno syok syok menang aku pula menanggung hutang RATUSAN JUTA kepada semua kontraktor,pembekal dan pencetak dalam dan luar negeri.


PM kata nak cabar! Patut ke..?


Cuma seingat aku sekitar Jan 2004 aku pernah diberitahu Hasan Pendek yang satu dana besar tengah tunggu untuk dikredit ke akaun syarikat aku di Maybank dan tengah floating dalam sistem.Mungkin kerana dia nak yakinkan aku atau ingat aku bodoh tak boleh nak check maka dia berani bagitau hal itu pada aku dan mungkin juga kerana dia terlalu excited hingga terlepas cakap.



Aku juga yang dah pasang kaki di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Maybank turut memantau apa yang dia beritahu aku itu,kerana dah banyak kali dia bagitau perkara yang serupa,tapi tak pernah jadi.Ternyata apa yang diberitahu Hasan kali ini benar dan aku diberitahu oleh orang orang aku di dua buah bank ini jumlahnya melebehi RM 900juta.

Wowww…teruja betul aku masa itu.

Selepas 3 kali waktu sepatutnya dikreditkan tidak berlaku pada hari itu,aku disuruh menunggu hingga keesukan harinya untuk mengetahui status transaction itu.Semalaman aku tak boleh melelapkan mataku bila memikirkan yang RM900 juta akan berada didalam akaun syarikat aku besuknya.


Besuknya bila bank mula beroperasi sesuatu diluar jangka berlaku.Akaun syarikat di Maybank tidak boleh di akses dan begitu juga dari sistem di Bank Negara Malaysia(BNM) juga gagal di akses.Selama 3 hari masaalah itu berlarutan dan bila ianya boleh di akses semula jumlah RM 900 juta itu tiada dan turut ghaib dari sistem.Bila aku bertanya orang orang aku, aku diberitahu yang wang itu mungkin dah ditendang balik ke ‘origin’ nya sebab dah tak floating lagi didalam sistem.Itulah kali terakhir aku mendengar pasal duit yang sepatutnya jadi ‘pembayaran’ kepada kerja kerja yang syarikat aku buat.


Dari sini kah engkau datang dan kesini kah engkau kembali semula atau di hijack oleh…?


August 2004 aku terpaksa melarikan diri meninggalkan keluarga aku demi keselamatan mereka bila Dolah Pukimak enggan bertangung jawap terhadap tuntutan aku saperti alasan nya yang diberi diatas.Aku tiada pilihan kerana majoriti pembekal aku adalah peniaga Cina dari Malaysia,Hong Kong dan China yang percaya projek ini Umno punya dan aku bertanggung jawap terhadap hutang yang berjumlah tidak kurang RM150 juta kepada mereka.


Dengan berbekalkan wang yang hanya cukup untuk membayar deposit 2+1 aku menyewa sebuah kondo di Bukit Antarabangsa dengan sewa RM750 sebulan.Aku letakan keluarga aku tinggal berhampiran stesen LRT supaya mudah untuk aku menjenguk mereka sesekali bila perlu.Jadilah aku macam dalam filem spy yang terpaksa turun naik LRT diberapa buah stesen sebelum benar benar yakin tiada siapa yang mengekori aku sebelum turun di stesen dekat rumah keluarga ku setiap kali ingin menjenguk mereka.Hal sebegini berlarutan beberapa tahun lama nya.


Suatu malam sekitar 2005 aku ditahan oleh 2 kereta ketika dalam perjalanan turun dari rumah ke kedai mamak berdekatan.Aku di blindfolded dan di acukan pistol oleh beberapa orang lelaki Cina dan dibawa ke satu tempat yang tidak aku ketahui.Disana telah bersedia menunggu beberapa orang Cina lagi.Ketua kepada kumpulan Cina ini memberitahu aku yang dia telah menerima ‘kontrak’ untuk menghapuskan aku dengan bayaran RM50 ribu oleh seseorang.Aku syak semestinya dari salah seorang pembekal yang aku berhutang untuk projek ini.



Besor ketawa dapat beli ‘Jean’ longgar..
walaupun bekas isteri adik ipar sendiri?


Mungkin kerana Allah masih sayangkan aku dan hendak aku terus hidup ‘pembunuh upahan’ ini masih mahu berbincang dengan aku lagi dan tidak menjalankan kontraknya saperti kebiasaan nya.Setelah mereka aku beritahu sebab sebab kenapa ini semua terjadi,mereka menyuruh aku membuat tawaran balas.Aku yang terdesak masa itu menawarkan RM300 ribu bila dan jika aku memperolehi bayaran.Tetapi mereka bersetuju untuk jumlah RM500 ribu dan aku dilepaskan disekitar Jalan Silang selepas beberapa lama dipandu dalam keadaan blindfolded.


Walaupun itulah kali terakhir aku bertentang mata dengan mereka tetapi aku yakin mereka senantiasa mengawasi aku dan tahu aku masih berusaha mendapatkan tuntutan pembayaran aku sehingga hari ini.Aku tak pasti selama mana perjanjian aku dengan mereka boleh bertahan dan aku pasrah kepada Allah untuk perlindungan dariNya.Aku pun tak kuasa nak buat repot polis sebab tidak ada maknanya pun.Aku yang salah membawa mereka masuk kedalam projek ini,jadi kenalah berani bertanggung jawap.Mati bila bila pun boleh mati,cepat dengan lambat je…

Dalam pada itu selepas je deposit 2+1 tu habis aku dah tak mampu nak bayar sewa lagi.Tuan rumah yang mula mula cuba mengusir aku selepas sewa tak dibayar akhirnya simpati dan membiarkan aku duduk percuma untuk 6 bulan lagi.Habis je 6 bulan aku terpaksa keluar dan berteduh di basement car park selama 3 hari sebelum pekerja pengurusan kondo yang simpati menumpangkan aku di bilik stor mereka.Tinggal lah aku dalam stor itu selama hampir 1 tahun tanpa air dan eletrik.Mandi manda kencing berak kat bilik air clubhouse je.


Apapun aku tetap bersyukur kerana Allah masih memberikan aku bumbung untuk berteduh dari hujan dan panas.Selepas keluar dari stor aku menumpang sana dan sini dengan kawan kawan yang simpati sehingga kini.Tidak pernah sejak aku terlibat dengan PROJEK UMNO ini aku dibantu walau SATU SEN pun oleh mereka.Hebat kan parti yang membela Melayu ini melayan orang saperti aku?Mereka lebih sibuk nak bagi kemudahan kepada bekas bekas pengkhianat yang keluar dari PKR dan masuk UMNO semula…..

Bersambung…


Siapa dalang disebalik pembukaan akaun syarikat aku di Melaka Raya tanpa pengetahuan dan izin Lembaga Pengarah?


Siapa dia yang mengaku sebagai Mandate and Trustee Of The Federal Goverment of Malaysia?


Kemana hilangnya RM900 juta itu..dan siapa yang menyamun nya?


RM1.9 billion milik siapa?


…..dan banyak lagi pendedahan bersiri dimasa akan datang.