Mungkin bagi ramai sahabat bloggers pencapaian menjadi BLOGGER NO SATU PRO BN adalah suatu pencapaian besar dalam karier seorang blogger politik dan pencapaian begini selalunya datang dengan pengiktirafan dari PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO dan BARISAN NASIONAL.Mungkin benar mungkin juga tidak.Tahukah anda selain dari Tun Faisal belum pernah lagi ada seorang pun pemimpin Umno baik yang dulu ataupun yang ada hari ini yang memberi pengiktirafan secara peribadi kepada aku sejak dari waktu aku mula merangkak sebagai blogger sehinggalah aku berjaya berdiri diatas puncak sebagai NUMURO UNO.Sukar untuk dipercaya kan?Tapi itulah hakikatnya…
Percayakah anda jika aku katakan aku belum pernah berbual walau sepatah perkataan pun dengan Mantan Perdana Menteri Pak Lah..dengan DS Najib dan dengan Tan Sri Muhyiddin sejak dari dahulu bila aku terlibat menyediakan keperluan PRU11 2004 hingga ke saat ini?
Mustahil kan?Tapi itulah hakikatnya yang aku lalui sejak berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO sejak dulu sehingga hari ini.Jika pengorbanan dan sumbangan aku kepada Umno yang bernilai BERATUS JUTA RM pun mereka boleh buat bodoh dan buat tak tahu…apa sajalah kejayaan aku menjadi BLOGGER NO.1?
Jadi aku dah biasa dengan layanan KELAS PERTAMA dari Umno ini sejak 10 tahun lalu lagi dan hari ini pencapaian sebagai blogger tersohor mungkin satu pencapaian besar bagi ramai bloggers tapi tidak pada aku.Kerana aku dah tahu apa respon Perdana Menteri,Timbalan nya dan Menteri Menteri Umno yang ada hari ini.Selagi Perdana Menteri DS Najib tak peluk aku dan berkata,”I LOVE YOU LAH APA FOR WHAT YOU HAVE DONE AND ACHIEVED”…selagi itu lah “menteri menteri pasola spesis pak turut” ini tidak akan berani mendekati aku…percayalah!Aku ini macam pesakit kusta pada diaorang…
Lantas menjadi blogger No.1 hanyalah kepuasan peribadi aku sendiri sahaja tidak lebih dari itu.Sekadar nak membuktikan kepada semua “that i can be the best in whatever i do”..itu saja.Jadi sikit pun aku tak berkecil hati bila TIADA PENGIKTIRAFAN dari ‘pemimpin pemimpin agung Umno” yang ada hari ini…
SO WHAT NEXT ?
Inilah yang nak aku kisahkan dalam artikel ini dengan mukadimah panjang lebar diatas..he he he.
Tiga minggu sudah aku didatangi seorang individu menawarkan “LALUAN MUDAH UNTUK AKU MEMIJAKAN KAKI SEBAGAI AHLI PARLIMEN” tahun hadapan atas tiket DAP mengikuti jejak langkah Datuk Sak dan Aspan.Memikirkan mungkin kerana walaupun aku blogger pro BN tapi dengan tulisan yang sentiasa berlidahkan pembangkang,maka aku ditawarkan satu lagi platform untuk menyuarakan ketidakpuasan hati aku selama ini terhadap pemimpin Umno.
Aku ditawarkan “laluan mudah” dikawasan Parlimen “guarantee menang” untuk berada didalam Parlimen tahun hadapan atas tiket DAP.Mmmmm…bagus jugak fikirku,bolehlah aku berdialoq dengan PM,TPM dan Menteri Menteri Pasola yang selama ini TIDAK SUDI nak berbual dengan aku walau sepatah perkataan pun.
Anda mungkin bertanya kenapa DAP..kenapa bukan Pas atau PKR?
Jawapan aku mudah..
Pertama,Pas dan PKR mengamalkan budaya yang tak jauh bezanya dengan Umno.Bunuh membunuh sesama sendiri berebutkan tempat sudah kira wajib bagi ketiga tiga parti berasaskan Melayu ini.Kalau aku masuk Pas atau PKR pakai reputlah aku duduk dalam tu..
Kedua,DAP memerlukan lebih ramai calun Melayu untuk di ketengahkan sebagai menunjukan mereka parti multi racial walaupun pada hakikatnya semua dah tahu apa dan siapa DAP.Tapi persetan lah semua itu janji aku ada “lorong hijau” masuk Parlimen dan bergelar YB..kah kah kah.Silap haribulan kalau Pakatan Rakyat menang ada chance jadi Menteri Pasola..hik hik hik.
Apapun aku masih belum membuat apa apa keputusan lagi kerana menunggu beberapa perkembangan yang aku harap mampu mengubah halatuju aku dalam politik negara.Walau bagaimana OPTION aku agak terbuka dalam hal ini dan aku belum lagi bersedia bertemu PEMBESAR DAP bagi membincangkan langkah selanjutnya.
PERJUANGAN?…KESETIAAN?…PENGKHIANATAN?
Lantoi lah!!!! Apa aku tak cukup setia selama ini?Aku tak berjuang bersama Umno selama ini?
Tapi apa yang aku dapat,kecuali PENGKHIANATAN !Perjuangan lantoi apa?Bila semua PEMIMPIN BESAR UMNO langsung tidak sudi berbual walau sepatah perkataan pun dengan aku atau menepuk bahu aku tanda pengiktirafan secara senyap.Mereka lebih taksub mengangkat para bloggers yang “makan cekak” dan boleh mereka tunggangi dengan memberi “pengiktirafan palsu” seolah olah mereka ini hebat tapi hakikatnya…hampeh!Tiada tempat bagi orang saperti aku yang tak mudah terangguk angguk dan tergeleng geleng dengan kehendak mereka umpama binatang sarkas.
Jadi sebelum aku mengambil apa apa keputusan drastik aku juga ingin mendengar pendapat dan komen anda semua.Pastinya pendapat majoriti pembaca dan pengunjung setia blog ini akan aku ambilkira dalam menentukan keputusan akhir aku nanti.Selamat mengundi…he he he.
P/S : Kepada yang terasa dengan tulisan diatas tak perlulah nak hantar komen maki hamun kat blog aku ini.Barang di ingat disamping menjadi blogger NUMURO UNO (buat masa sekarang inilah dan tak tahu berapa lama) aku juga berkemungkinan menjadi Yang Berhormat di Parlimen tahun hadapan jika aku mahu,sedangkan anda tetap seorang blogger yang bakal dilupakan selesai PRU13 nanti…jadi agak agaklah kalau rasa diri tu hebat sangat.
aljo said:
110% sokong…. cuma jangan jadi katak macam braim ali dan zulnordin laknat tu. Kalau jadi katak rakyat akan sumpah
TengkuSabrina said:
yEHAAAAAAAAAAAAAAA!!!WA SETUJUUUUUUUUUUUUUU BENAR LU AMIK ANY OFFER COMES FROM PR!!!.. LAMA SANGAT DAH BRO LU DI ZALIMI… KITA KENA INGAT, SETIAP PERGERAKAN KITA DATANG DARI ALLAH BILA DISULAMKAN DENGAN DOA DAN USAHA SERTA AMANAH YANG MENJADIKAN IA LEBIH BERMAKNA..BUAT KERANA ALLAH OKAY… ONCE LU DAH JADI YB THEN PROLLY WE CAN HAVE A MEET UP :)WELCOME BRO APA!!!PS: WAKIL YANG DTG JUMPA LU HARITU BUKAN SEKADAR DAN SAJA SAJA DTG BRO.. TAK RAMAI DAPAT PELUANG BEGINI…IA BOLEH MERUBAH HIDUP LU YG DALAM "KEHIMPITAN" NI.. FIKIR LA SEBAIK MUNGKIN.. DURING RAMADHAN Solat Sunat Istikharah INSYALLAH MEMBANTU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TU BRO.. LUPAKAN UMNO DAN BN TIDAK BERMAKNA LUPAKAN KAWAN – AGAMA – BANGSA – NEGARA 🙂
SysOp said:
Bhai Azmi…Pergh… jadi calon DAP tue bagoosh gak… tak kisah lar… janji boleh menang.. dan duduk kat dalam Parlimen… amik jer.. kalu gua dioffer tempat dalam DAP di Perak… anytime gua amik… takder hal…Err.. Dr Tan Seng Giaw… Lim Guan Eng… Karpal Singh… Lim Kit Siang…. wei.. gua C++ mengoffer diri gua untuk jadi calon DAP gak kat PERAK…. amacam… boleh ka???C++CipanTapirTenuk.Blogspot
Prince of Noob said:
mohon APA jadi calon wakil rakyat di parlimen dan menggantikan najib sebagai perdana menteri yang ke-7
author faethal said:
Bertanding atas tiket 'Bebas' di seat yang DAP tawarkan tu. Amacam, mesti boleh menang gak tu kalau DAP bagi laluan..
Anak Kedah said:
walaupun gua blogger pas…tp kalau dap adalah pilihan bro memang cantik sangat lah…kalau nanti dah bertanding…ambillah pengajaran daripada pengalaman lepas…jgn jadi macam kebanyakkan pemimpin…rakyat menyampah…biar low profil…asal rakyat tak benci lu..
Unknown said:
saya sokong, kami sokong. diulang komen diatas, jgn pula nti jd mcm brahim ali, zul nordin, zahrain, yg tak kenang budi dan tak guna lngsung tu. kalau APA tk dpt jd kwan pemimpin umno, jdi la musuh mereka. pluang takkan dtg dua kali bro.
Unknown said:
ni la masanya APA nak sedarkan pemimpin yg dah buat taik kat APA. stakat blog mgkin tak berkesan. jumpa depan2 dlm dewan nti bru gempak beb
dinturtle said:
salam Bro,Kalau bro jadi calon Dap, wa gerenti akan balun bro. tapi setakat kenyataan dan tindakan BUKAN PERSONAL ….. kerana waktu sama wa faham keadaan bro. ( rasanyalah ) Tapi dalam balun dan dibalun, kita tetap berkawan hehehehe … itu baru dinamakan politik sihat :))
6803man sarawak said:
Support bro ApA.baguz.
Rasta 30 said:
Assalamualaikum wbt.. Terpulang pada admin utk membuat keputusan.. Admin sbagai blogger (kerap menggunanak komputer & internet) lebih mengetahui pihak mana yg menabur fitnah & pihak mana yg berlaku zalim… Dan lebih bagus jika admin terus bersama org yg tegakkan islam.. Bukan dgn yg buat2 tegakkan islam tp rasuah arak judi merata rata.. Walahualam..
Alfreedino Ahmad said:
Dia sedang cuba memecah-belahkan ketiga2 komponen PR melalui tulisannya ini….dia sekadar menulis 'kosong'. dia tidak memuji DAP, tetapi berniat memerli DAP scr tidak langsung.
yeop said:
siapa lu, lu saja angkat bakul sendiri biasa le propanganda murah sebab boss lu dah tak larat layan
Wally Bandits said:
Aq telah lama dalam UMNO,sejak UMNO 46 dan yg terkini UMNO 88,masih menjadi AHLI(belum di tendang keluar,walau Rakan2 dalam Parti menggesa aq di tendang keluar,demi meramaikan AHLI yg semakin berkurang,aq menulis en3 PRO PR, dan aq tidak mengharapkan apa2 balasan/Imbuhan matlamat aq agar Rakyat mendapat keadilan sewajarnya…setelah 55 tahun,bila UMNO merasakan hampir rebah tersungkur baru lahhhhhh memandang ke bawah…tiada esok bagimu UMNO….
rick said:
Setuju if you are really not happy with Umno join Pakatan. Better DAP because from what you write you don't seem to like DSAI very much.If you need to stand for elections you need to spend a lot of money and resources you need the backing of a party.Sak and Aspan's blogs very popular now. Papa Gomo writes rubbishGood Luck!
6803man sarawak said:
Atas tiket Parti Buasir Otak.hahaha
Hermit said:
Salam… Apa pun tindakan akhir ianya keputusan saudara… cuma harap boleh menimbangkan baik2 dan tidak lupakan rakyat yg memilih (jika itu pilihannya)… Jangan buat kerja separuh jalan & jadi katak sudah.. 🙂
PecahPalakMikir said:
memang Pecah Palak Mikir bilamana APA hendak bertanding ticket DAP. Semoga bahagia buat u Bro. Mungkin ini dinamakan takdir kot!! dan mungkin lepas ini ada takdir gua mengutuk APA kenapula zaman itu PR memerintah. Macam2 boleh jadi semuanya kerana politik. Hari ini berkawan esok berlawan, yang penting jangan gadai jadi diri kira ok. semoga APA bertemu jawapan yg sesuai.