Kenyataan Mat Sabu di Bukit Katil 12 Ogos lalu yang mengatakan jika Allahyarham Tun Ghafar masih hidup dia pasti akan masuk Pas sapertimana yang dilakukan anaknya Tamrin telah mengundang perdebatan panas.Banyak pihak telah tampil menyangkal dakwaan ini termasuk waris Tun Ghafar dan hari ini Tamrin pula tampil dengan kenyataan berhubung perkara itu DISINI.

Aku setuju dengan kenyataan Tamrin saperti yang aku petik dari blog Mutaligat berbunyi…

“May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam.”


Cuma aku suka nak menambah senarai panjang orang orang yang patut ditanya mengenai kesahihan dakwaan Tamrin ini selain Datuk Bahador Shah dan Datuk Rahman Yunus (SU Peribadi Tun Ghafar) saperti yang dinamakan Tamrin diatas….
Sila tanyakan….
1. Azmi Ibrahim bekas Pengarah Urusan Elegant Advisory SB aka Blogger Aku Peduli Apa @APA
2. Tun Mahathir Mohamad
3. Tun Abdullah Badawi
4. DS Najib Tun Razak
5. Tengku Adnan Tengku Mansor
6. Tun Khalil Yakob
7. Datuk Mohd Ali Rustam
8. Datuk Khaled Nordin
9. Datuk Shahril Samad
10. DS Dr Hilmi Yahya
11. “Datuk” Hassan Ayoub (Pegawai Khas Pak Lah)
12. Dan ramai lagi yang tahu….
Cukup setakat tu je aku senaraikan,kalau nak ikut senarai nya lagilah panjang.Mustahil kekecewaan Negarawan saperti Allahyarham Tun Ghafar terhadap Umno tidak diketahui oleh “inner circle” Umno?Mustahil kan?
Jadi apa kena mengena kenyataan Tamrin tentang arwah bapanya dengan aku secara peribadi?
Banyak sebenarnya terlalu banyak sehingga Elegant Advisory SB terpaksa mengheret Umno ke makamah atas kegagalan Umno menjelaskan HUTANG sebanyak hampir RM250 juta terhadap kerja kerja membekalkan keperluan PRU11 2004 BN-UMNO hingga kehari ini?Selainnya,kini dah tinggal sejarah sebab semua rasanya dah tahu apa keputusan akhir makamah terhadap tuntutan EASB itu..
Kepada pembaca yang mengikuti artikel bersiri aku bertajuk “Hadiah Untuk Imam Hadhari – Pendedahan Skandal Penggubahan Wang Haram 2004” pastinya dah amat maklum dan kerana artikel ini jugaklah membuatkan aku kerap dibelasah rakan rakan bloggers PRO UMNO yang melabelkan aku sebagai “lidah pembangkang” sedangkan kisah sebenar semua ini terjadi langsung tidak diketahui mereka dan kenapa aku merahsiakan nya sehingga kehari ini demi kebaikan Umno.Mungkin mereka fikir aku ini hanyalah blogger macam mereka juga yang hanya muncul selepas keputusan teruk PRU12 2008,sedangkan hakikatnya lama sebelum mereka pandai mengetuk papan kekunci komputer aku dah bergaul rapat dengan para pembesar Umno yang hari ini mereka kipas dan ampu bagai nak gila.
Jadi kisah Allahyarham Tun Ghafar “KECEWA” dengan Umno dan hampir hampir meninggalkan parti bukanlah OMONGAN KOSONG saperti yang disangka banyak pihak.Kerana sebab itu jugalah syarikat Elegant Advisory SB wujud dan hari ini aku sebagai bekas Pengarah Urusan nya menjadi blogger secara tidak sengaja dan tak habis habis memaki hamun Pak Lah dan pembesar pembesar Umno yang lain.Semuanya bersangkut dengan “KEKECEWAAN TUN GHAFAR TERHADAP UMNO” dan bagaimana arwah “DIPUJUK/DIRASUAH ” oleh Paklah dengan menganugerahkan arwah dengan projek membekal keperluan BN-UMNO untuk PRU11 2004 yang bernilai ratusan juta RM.Jadi sekarang anda nampak tak dimana kaitan nya dengan aku?
Kisah Tun Ghafar ini sebenarnya ada dalam siri pendedahan yang bakal aku lakukan,yang setakat ini berhenti rihat seketika di Bahagian 5 dulu.Tapi memandangkan ianya dah didedahkan Tamrin lebih awal maka aku ulas lah serba sedikit supaya semua ‘kaki ampu cap kipas’ dan ‘tukang bela’ yang menidakkan kenyataan Tamrin berhati hati sebab “BLOGGER GILA HARAMJADAH INI TERLIBAT SECARA LANGSUNG 1000% dalam kisah Tun Ghafar yang hampir meninggalkan Umno dan berjaya dipujuk/dirasuah dengan projek ratusan juta RM oleh Paklah dan Pembesar Pembesar Umno yang lain yang masih ada hari ini yang melibatkan AKU secara langsung…
Ikuti sambungan kisah Allahyarham Tun Ghafar ini esuk atau lusa,ikut mood aku…
Dan ikuti macamana aku dan kawan kawan menyelamatkan nyawa Tun Ghafar yang hampir lemas dalam bathtub di Hotel Shangri La Penang pada tahun 2003 setelah tergelincir sewaktu menjalankan tugas kami bersama…